CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolong Jangan Saman Kenderaan Yang Parkir Di HRPB!

16-3-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4677| Komen: 1

Ipoh: Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memohon pertimbangan supaya tidak mengeluarkan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini buat sementara waktu.


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A Sivanesan berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Ketua Polis Perak pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu berkenaan sementara menunggu ruang meletakkan kenderaan baharu siap.


Foto: Harian Metro

"Minggu hadapan saya akan jumpa dengan Ketua Polis Perak dan akan bincang supaya pihak polis tidak mengeluarkan saman untuk masa tertentu terhadap orang yang meletak kenderaan di tepi jalan dekat hospital khasnya pada 8 pagi hingga 12 tengah hari atau waktu melawat.

"Kita juga akan adakan mesyuarat dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan minta cadangan mereka untuk uruskan aduan kita terima memang parkir tidak mencukupi, itu kita akui," katanya pada sidang media khas berhubung isu berkenaan di Klinik Kesihatan Greentown yang terletak berhampiran HRPB di sini hari ini.


Sementara itu, Sivanesan berkata, penutupan kawasan medan kereta di Kinik Kesihatan Greentown dan penghentian perkhidmatan van perantara buat sementara dari klinik itu ke HRPB adalah bagi membina bangunan baharu Klinik Ibu dan Anak Greentown, termasuk penyediaan 240 petak medan kereta yang lebih sistematik dan dijangka siap pada 15 Mei depan.

"Sebelum ini, pelawat hospital memang ada yang parkir di situ (Klinik Kesihatan Greentown) namun untuk sementara waktu ia ditutup dan dipindahkan bersebelahan Velodrom Rakyat Kompleks Sukan Ipoh mulai 13 Mac lalu," katanya.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, perbincangan turut akan diadakan bersama Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming untuk membina medan kereta tambahan di Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata terdapat tanah yang sesuai untuk membangunkan tapak medan kereta untuk hospital itu namun memerlukan peruntukan malah terdapat syarikat swasta yang menyatakan minat bagi melaksanakan kemudahan berkenaan.

"Sekiranya tawaran diberikan adalah munasabah, kerajaan negeri akan mengambil keputusan sama ada akan menswastakan parkir di Teluk Intan atau sebaliknya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 17-3-2023 09:36 AM
yg aku xpaham, kenapa ospital² baru pun masih ada isu parking

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.156335 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top