CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Tong Dram Uranium Lesap Di Libya

16-3-2023 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4681| Komen: 0

Description: Kira-kira 2.5 tan uranium semula jadi dikesan hilang dari sebuah tapak di Libya, dedah Agensi nuklear bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam seperti dilapor AFP.Gambar hiasan/The Europea ...
Kira-kira 2.5 tan uranium semula jadi dikesan hilang dari sebuah tapak di Libya, dedah Agensi nuklear bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam seperti dilapor AFP.


Gambar hiasan/The European Times


Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memberitahu negara anggota pertubuhan itu bahawa pemeriksa kelmarin mendapati 10 tong dram yang mengandungi pekatan bijih uranium 'sebagaimana diisytiharkan sebelum ini telah tiada' di lokasi terbabit.

Susulan itu, pihak agensi berkenaan memaklumkan dalam satu kenyataan, IAEA akan mengambil langkah seterusnya bagi mengenal pasti perkara berkaitan kehilangan bahan nuklear terbabit dan lokasi keberadaannya kini. Namun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai tapak berkenaan.

Pada 2003, Libya meninggalkan program pembangunan senjata nuklear yang dijalankan bawah bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi. 



Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044949 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top