CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cabul Dua Anak Jiran Bawah Umur Dalam Bilik

16-3-2023 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4801| Komen: 0

Polis menahan seorang pemuda kerana disyaki mencabul dua anak jiran yang masih di bawah umur di Bandar Tegal di Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Polis Bandar Tegal, Jaka Wahyudi berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mangsa di mana kejadian cabul berlaku pada akhir Februari.


Kompas melaporkan suspek berusia 25 tahun dan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di rumahnya.


Foto: kompas

"Pada awalnya pengadu meminta kedua-dua mangsa tidak bermain air di depan rumah suspek.

"Mangsa kemudian memberitahu sedang menunggu suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bandar Tegal, Khamis.

Selepas ditanya lanjut mengenai perkara itu, mangsa menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah dicabul oleh suspek.

"Ibu bapa salah seorang mangsa kemudian membawa anak mereka ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum membuat laporan polis," kata Jaka.


Tambah Jaka, suspek cuba untuk melarikan diri daripada ditahan pihak polis.

"Hasil siasatan mendapati suspek akan melarikan diri dengan menaiki bot nelayan," katanya.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Suspek kini dalam tahanan polis, atas pendakwaan di bawah akta perlindungan kanak-kanak. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041722 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top