CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Tak Dapat Dikesan! Di Mana Ibu, Waris Noor Aliesya?

16-3-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3027| Komen: 5

Kuala Terengganu: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mencari ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan yang kini berada di bawah jagaannya sejak 2019.

Noor Aliesya Natasha Abdullah yang berusia tiga tahun kini ditempatkan di institusi JKM iaitu Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman.


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman Mohd Fadzli Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan ibu kandungnya yang dikenali Hazlida Ghazali, 38, selepas tempoh jagaan kanak-kanak itu sudah tamat.


Foto: JKM

Menurutnya, kali terakhir ibu kandung kanak-kanak dikesan ketika membuat permohonan perintah jagaan di mahkamah, tiga tahun lalu.

"Selepas kanak-kanak berkenaan mendapat perintah jagaan kepada JKM, ibu kandungnya menghilangkan diri selain tidak berjumpa atau berhubung dengan anaknya.

"Kami (JKM), mendapat perintah sementara oleh mahkamah bermula 20 Oktober hingga 21 November 2019, manakala perintah jagaan tetap diberikan pada 4 Februari 2020 hingga 4 Februari lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohd Fadzli berkata, pihak pelindung mahu mendapatkan ibu kandung atau waris bagi membincangkan penempatan baharu untuk Noor Aliesya Natasha.

Menurutnya, pihak mahkamah juga menerima permohonan daripada JKM untuk pengecualian Seksyen 15 (3) Akta Kanak-Kanak 2001 bermula 8 Mac lalu untuk siaran media selama sebulan.

"Kita berharap ibu kandung atau waris adik Noor Aliesya Natasha tampil untuk penilaian penempatan terbaik pada masa depan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman di talian 09-8591686," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 16-3-2023 05:06 PM
Kesian Aliesya. Moga membesar jadi insan yang baik.
Quote aechae 16-3-2023 05:07 PM
Comell budak nyaa
Quote airmineral 17-3-2023 09:41 AM
kesiannya
xkan xde parent/ waris yg hidup
Quote venom1 17-3-2023 10:06 AM
semoga dipermudahkan urusan adik comel ni
Quote asmurai 17-3-2023 10:23 AM
Kalau maknya tak nak jaga bagi aku ja lah jadi anak angkat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.027708 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top