CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duduk Rumah Sewa- Dengar Orang Bertukang 3 Pagi, Ternampak Lembaga Perempuan Melintas, Terhidu Bau Harum Yang Sangat Kuat

16-3-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4498| Komen: 23

PETALING JAYA – Seorang penyewa yang menyewa sebuah rumah difahamkan di Kuantan, Pahang berdepan pengalaman seram antaranya terdengar orang bertukang seawal pukul 3 pagi, ternampak lembaga perempuan melintas di dalam rumah selain terhidu bau harum yang sangat kuat.


Berdasarkan kisah dikongsikan menerusi Twitter Isu Semasa Viral, penyewa tersebut menceritakan pada asalnya dia menyewa rumah itu bersama seorang lagi individu, namun akhirnya dia tinggal seorang diri.


Gambar Hiasan

“Saya duduk di bilik tengah. Faham-fahamlah kalau bilik tengah, panasnya tak payah cerita. Jadi saya tidur di ruang tamu. Masa inilah saya tahu rumah ini di laluan angin.

“Satu malam dalam pukul 3 pagi, pergi ke tandas. Tiba-tiba terdengar orang bertukang di kawasan belakang rumah. Pergi jenguk, tak ada orang. Jiran kiri kanan dah tidur (rumah teres).

“Dalam dua tiga langkah nak ke depan (ruang tamu), bunyi lagi. Saya jenguk lagi, tak ada. Buka pintu belakang, tengok lagi. Kot-kot ada yang bertukang. Gelap gelita, semua dah tidur,” ujarnya.


Meneruskan ceritanya, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi orang bertukang dari atas kepala, namun dia tidak memandangnya.

Dia kemudian terus masuk ke rumah dan berwuduk serta membaca surah tiga Qul dan ayat Kursi seterusnya tidur.

Peristiwa lain turut dialaminya apabila terbau wangian harum selain ternampak seorang wanita sedang berjalan di dalam rumah sewanya.

“Ada satu malam panas. Saya tidur di ruang tamu. Jadi saya buka pintu depan (rumah pintu jeriji), memang sejuklah. Angin dari belakang masuk dan keluar ke pintu depan. Depan rumah saya padang bola. Lepas padang bola itu paya.

“Malam itu ketika sedang tidur, bau wangi sangat-sangat. Saya buka mata, nampak ada perempuan sedang jalan dari dapur menuju ke pintu depan.

“Saya pejamkan mata balik. Tiba-tiba terasa ada macam orang main kain atas badan saya. Dua tiga malam juga, tapi ‘benda’ itu tak pernah nak bunyi mengilai. Cuma bau wangi dan suka geletek saya,” katanya.

Bagaimanapun, dia menceritakan pernah merasai badannya seperti dicengkam harimau, namun tidak terlalu kuat.

“Macam yang kucing-kucing buat. Tahu dia harimau kerana tapak kaki dia rasa besar macam pinggan lauk. Sesekali, ada rasa hembusan nafas pada muka, siap rasa misai dia,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 16-3-2023 06:33 PM
Ngeri nya.
Kira hati kering jgk ni x pindah2 dr situ..x demam ke? Klu sku dh cabutttt..takot!
Quote samperit 16-3-2023 07:29 PM
mistik2 ni letak dkt bod lain lah deyy
Quote ezacbee 16-3-2023 07:43 PM
Kuat semangat..
Quote aechae 16-3-2023 07:46 PM
Repoter Cari ni xtau ke ada bod MPS?
Pegi parking kt sna lah
Quote pooh~key 16-3-2023 08:00 PM
rosmahisham replied at 16-3-2023 06:33 PM
Ngeri nya.
Kira hati kering jgk ni x pindah2 dr situ..x demam ke? Klu sku dh cabutttt..takot!

Dengan hantu kau takut, dengan Allah kau relax sis?
Quote Perawankota 17-3-2023 09:01 PM
Kuantan kat mana oiiiittt.. Aku hari tu balik Kuantan, anak Buah umur 5thn cerita. Tengah2 malam, dia tak tido lagi, dia terdengar orang ketuk sliding door, bila dia tgk, dia nmpk momok mata merah, kuku panjang darah2.. Terus dia menangis, pastu mak dia pujuk dia..

Dah lah sebelum tu, anak Buah aku yg lagi satu umur dlm 6tahun, balik Kuantan jugak. Dia kata dia nmpk momok dalam tandas.. Ishh, aku lak rasa meremang sekarang..
Quote kakikuDibibirmu 17-3-2023 09:03 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote sekngucing 17-3-2023 10:00 PM
lawan balik la.kak
harimau..ponti..tukang tgah malam tu akak kena lawan balik...
Quote dani-rox 17-3-2023 10:08 PM
Bagaimanapun, dia menceritakan pernah merasai badannya seperti dicengkam harimau, namun tidak terlalu kuat.


“Macam yang kucing-kucing buat. Tahu dia harimau kerana tapak kaki dia rasa besar macam pinggan lauk. Sesekali, ada rasa hembusan nafas pada muka, siap rasa misai dia,” katanya.


Harimau ka, hantu daddy bear

Quote dua_chzy 17-3-2023 10:10 PM
Laluan angin tu apa? Memang sinonim dengan highway mahkluk halus ka apa?
Quote ciksom 17-3-2023 10:16 PM
Hantu jantan ke? boleh rasa misai dia.
Quote DARSITA 18-3-2023 07:04 AM

Minyak wangi apa ek yang hantu pakai? kalau dpt kat kita formula itu tentu boleh jadi kaya raya :-)

“Ada satu malam panas. Saya tidur di ruang tamu. Jadi saya buka pintu depan (rumah pintu jeriji), memang sejuklah. Angin dari belakang masuk dan keluar ke pintu depan. Depan rumah saya padang bola. Lepas padang bola itu paya.


Dulu masa tinggal di Tmn Engku Aminah JB. Dari gate rumah ke tanah kubur mcm 15 langkah sahaja. Tingkap belakang dan depan mmg sentiasa terbuka. Pernah la kena mcm si penyewa .. esoknya terus tumpang rumah member di Tmn Sekudai.
Quote Tinot7 18-3-2023 07:17 AM
Baru plan nak jjcm kuantan pastu pi zoo teruntum dinosaur encounter atopon gambang waterpark wiken ni..

Tak jadi la mcm ni.. iols pi tmpt lain jahh wiken ni..
Quote ultra78 18-3-2023 07:23 AM
aechae replied at 16-3-2023 07:46 PM
Repoter Cari ni xtau ke ada bod MPS?
Pegi parking kt sna lah

Uols pernah bertemu kak pontianak?
Quote ultra78 18-3-2023 07:34 AM
Cerita ni seakan satu cerita rumah berhantu di taman medan beberapa tahun lepas
Quote limesherbet 18-3-2023 07:34 AM
DARSITA replied at 18-3-2023 07:04 AM
Minyak wangi apa ek yang hantu pakai? kalau dpt kat kita formula itu tentu boleh jadi kaya raya :-) ...

Dia mcm bau bunga melur org kata...more to bau bunga..not sure how true it is
Quote Tinot7 18-3-2023 07:39 AM
limesherbet replied at 18-3-2023 07:34 AM
Dia mcm bau bunga melur org kata...more to bau bunga..not sure how true it is

Dolu2 iols pernah wat keje kat wad bersalin.. misi2 sana mmg dah biasa.. so satu mlm tu, misi2 tanya iols, ada bau tak? Iols dok tarik2 napas.. ingatkan deme soh bau bangkai ka, busyuk ka.. rupanya ada bau harum lalu mlm tu, dari depan pi ke blakang pastu balik ke depan.. harum bau bunga.. iols ingatkan org pakai perfume.. tu yg tak kata apa2..

So mmg betui.. cuma kalau tau tu tau la.. hat yg tak sedar, mmg tatau la..
Quote Tinot7 18-3-2023 07:40 AM
limesherbet replied at 18-3-2023 07:36 AM
Nak jjcm jugak sebelum puasa pergi next week weekdays

Kena jjcm puas2.. kang nyesal.. iols takde cuti raya.. kena keje.. tak sure nak sambut raya camne tahun ni..
Quote aechae 18-3-2023 08:02 AM
ultra78 replied at 18-3-2023 07:23 AM
Uols pernah bertemu kak pontianak?

Xpenah…rsanya family iols xda yg hijab terbuka ke 6th sense ke apa ni…mintak jauhhhh lah kn.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067348 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top