CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Bermula Pada '0', Peniaga Guna Alat Penimbang Tak Tepat Tipu Pengguna

16-3-2023 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2292| Komen: 0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) didesak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menipu pengguna di pasar basah menggunakan alat penimbang berat mekanikal yang tidak tepat (timbang dua muka).


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan pihaknya di hampir kesemua pasar basah di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan pelekat penentu ukur pada beberapa alat penimbang berat tidak dipaparkan kepada pengguna.


TINJAUAN CAP di hampir kesemua pasar basah di Pulau Pinang mendapati terdapat peniaga yang menggunakan alat penimbang berat yang tidak memaparkan pelekat penentu ukur kepada pengguna.

Sedangkan jelasnya, pelekat penentu ukur itu perlu dilihat oleh pengguna supaya mereka pasti akan ketepatan alat penimbang berat itu dan jika ia sesuai untuk digunakan bagi perniagaan.


“Di samping isu pelekat penentu ukur, kami juga mendapati alat penimbang berat yang digunakan oleh kebanyakan peniaga adalah kurang memuaskan memandangkan jarum petunjuk tidak bermula daripada “0” (sifar) dan kadangkala jarum pada permukaan plastik yang telus itu juga kotor menyebabkan bacaan pada jarum itu menjadi sukar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohideen, para peniaga perlu menghantar alat penimbang berat mereka untuk penentuan ukur setiap tahun di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Ujarnya, pihak Kementerian perlu mempertimbangkan dengan serius untuk mencetak tahun penentu ukur dalam huruf terang yang besar pada pelekat penentu ukur untuk memudahkan pengguna membacanya.

Malah, kata beliau, para peniaga juga perlu diingatkan yang mana bahagian alat penimbang dengan pelekat penentu ukur perlu dipamerkan dengan jelas di depan pengguna.

“Pihak kementerian juga perlu memastikan bahawa setiap pasar mempunyai dua alat penimbang berat (satu daripadanya untuk digunakan bagi barangan halal) untuk pengguna mengesahkan berat barangan mereka jika mereka meraguinya.

“Nombor untuk dihubungi juga perlu disediakan di tempat alat penimbang berat supaya pengguna boleh menghubungi jika mereka mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan berat, kenaikan harga barangan utama atau amalan perniagaan yang tidak sihat,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.801940 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top