CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Musa Hassan Tak Pernah Abai Nafkah Isteri Dan Anak-Anak, Jalaluddin Hassan Tahu Cerita Sebenar

16-3-2023 04:29 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11457| Komen: 77|Original author: Saiful

Nama Tan Sri Musa Hassan menjadi sebutan netizen selepas tular video memperlihatkan dirinya bertengkar dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya.

Justeru itu, adik kepada Musa iaitu pelakon Datuk Jalaluddin Hassan tampil menjelaskan situasi yang menimpa abangnya kerana tidak mahu orang ramai terus membuat spekulasi tidak benar.


Kata Jalaluddin, 69, dia cukup bekas Ketua Polis Negara itu dan mengetahui konflik rumah tangga yang telah lama berlaku.


Foto: IG

"Saya tak boleh nak komen banyak tapi saya tahu siapa abang saya dan siapa perempuan itu. Saya tahu apa yang abang saya sudah lalui selama ini.

"Apa yang abang saya lalui sejak berkahwin dengan dia... saya tahu. Abang saya seorang yang bertanggungjawab, dia tidak pernah abai nafkah pada isteri dan anak-anak," katanya kepada mStar.

Jalaluddin berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.


Jalaluddin juga memberitahu kes itu kini dalam siasatan polis dan status perkahwinan abangnya itu juga sedang dalam proses penyelesaian.

Abangnya turut meluahkan rasa syukur kerana segalanya sudah terbongkar dan kemelut bakal berakhir tidak lama lagi.


"Dia kuat, dia telefon adik beradik tanya keadaan... malah adik saya suruh berubat kerana takut ada benda-benda lain.

"Apabila berjumpa dengan saya pun dia gembira dan bersyukur kerana benda ini terbongkar dan telah memfailkan penceraian sebenarnya.

"Tapi perempuan itu masih kacau. Dia tidak akan berhubungan dengan perempuan itu melainkan dengan peguamnya."



Pada 8 Mac lalu, Musa menerusi satu ciapan di laman Twitter memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya.

Malah, dia turut berkongsi enam tabiat yang patut dihindari oleh isteri antaranya jangan menghina, mengumpat, meninggi suara dan mengherdik suami di depan orang lain. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyeed 16-3-2023 06:15 PM
nmpk sabar bekas KPN tu...klu laki lain mau dah bengkak mata bini dia...
Quote Zeatyisaac 16-3-2023 07:22 PM
Lelaki patut ambik iktibar. Jarang perempuan muda kahwini dengan lelaki tua kerana cinta, kecuali cintai hartanya. Bila you dah tak mampu nak bagi harta jutaan ringgit, bila you sakit, duduklah you kat rumah orang tua2, kecualilah anak2 ada ehsan pada you. Sedarlah diri
Quote sleepandream 16-3-2023 07:48 PM
baru tau tok jalaludin ni adik bekas KPN...
Quote kalchi 16-3-2023 08:16 PM
Zeatyisaac replied at 16-3-2023 07:22 PM
Lelaki patut ambik iktibar. Jarang perempuan muda kahwini dengan lelaki tua kerana cinta, kecuali ci ...

Masalahnya lelaki tak kan amik iktibar uols. Bak kata bes pren i, k**e je dipikir nya
Quote kechikchomel 16-3-2023 08:39 PM
sleepandream replied at 16-3-2023 07:48 PM
baru tau tok jalaludin ni adik bekas KPN...

Ayah dorang Arwah TS Hassan Azhar uollss tau kan? Slalu jadi hakim tilawah Al quran
Quote cmf_premierleag 16-3-2023 08:45 PM
KAU TAKUT AKU DAPAT KAT ORANG LAIN KAN!!! #tiberrrr
Quote nazsh 16-3-2023 09:39 PM
Nak sangat brbini muda..mndapat laa..kesian pula aku tgok Tan sri musa..smpai mcm tu bini dia maki hamun cakap xda rasa pada suami..kurang ajar
Quote Lampuled 16-3-2023 11:30 PM
Siapa bini TS musa ni? Ada gambar tak?
Mmg 2nd wife ke?
Kesian tgk kena herdik cenggitu tp hanya wife dia je la yg tau perangai sebenar husband cmna. Kdg dgn org luar cm lain. Kat rumah cm lain.
Quote bukan_ustazah 17-3-2023 12:01 AM
Yang kesian anak dia dalam video tu tak dapat kasih sayang mak ayah sempurna
Quote Dolmat 17-3-2023 12:09 AM
Aduhaiiiii umah tongkang pecah..

Bekas KPN pencen ribu2.. steady jer pakai helmet telor asin..
Quote anony-mous 17-3-2023 12:22 AM
Sedih bekas KPN , tp hidup bila dah hujung2 x aman
Quote mojarean_X 17-3-2023 12:32 AM
cmf_premierleag replied at 16-3-2023 08:45 PM
KAU TAKUT AKU DAPAT KAT ORANG LAIN KAN!!! #tiberrrr


Dia bajet dia hot ala2 Ratu...ntah2 ex KPN tu bila2 masa bole cari yg lg baik
Quote winky1 17-3-2023 01:12 AM
Kes ni I rasa mantan KPN tu tak seperti digambarkan. Ramai je lelaki yg berkuasa dlm career tapi dgn isteri jadi lain. Especially yg mulut puaka. Masih stay sebab anak-anak.
Quote doubleA 17-3-2023 01:16 AM
Anak kecik dia pun sama naik bantai bapak, ko dah kenapa dek? Kena brainwash dgn mak ke utk tabuh bapak warga emas ko tu. Siapa ada gambar bini ni nak gak tengok rupa. Lama gak tu 10 tahun kawen
Quote Guess_who 17-3-2023 03:07 AM
Asal rumah die mcm rumah tak siap..Tgk video tu ingt pokcik mana la dgn pakai helmet
Quote sharlenetexas 17-3-2023 03:34 AM
Pengajaran kpd lelaki jgn gatal2 nk tambah bini. Yelah mmg tergoda tengok yg muda dan seksi serta manja. Tapi bila umur 70+, kena sara anak baru masuk sekolah rendah. Patutnya umur mcm tu layan cucu ajelah.


Quote rainbowrainz 17-3-2023 03:45 AM
Haiyokkkk serammm nya iols tengok... nahuzubillahminzalik...rmi ye skrg org sakit jiwa..apalah dlm vaksin tu ade ye..agaknya jiniprit kot
Quote matjerk 17-3-2023 03:58 AM
Nak tau rupa bini ke 2 dia jer...
Quote cmf_premierleag 17-3-2023 07:37 AM
mojarean_X replied at 17-3-2023 12:32 AM
Dia bajet dia hot ala2 Ratu...ntah2 ex KPN tu bila2 masa bole cari yg lg baik

GELPRRN KO CINA KAN...KO DAPAT SAHAM DARI CINA KAN!!
akak bersangka baik..maybe pokcik ni ada kasi saham akhirat utk gelfren cina beliau

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top