CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tony Eusoff 'Pulun' Rebut Job Drama Dan Filem Untuk Cari Duit "Merana Duit Simpanan Habis"

16-3-2023 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5494| Komen: 20

Description: "Nasib baik bujang. Kalau saya ada anak bini, tak tahulah," dedah pelakon Tony Eusoff, 46, mengimbau kesusahan tak cukup simpanan kerana tidak dapat bekerja sewaktu pandemik Covid-19 melanda. ...
"Nasib baik bujang. Kalau saya ada anak bini, tak tahulah," dedah pelakon Tony Eusoff, 46, mengimbau kesusahan tak cukup simpanan kerana tidak dapat bekerja sewaktu pandemik Covid-19 melanda.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman akui pengalaman itu umpama 'tamparan hebat' kepada dirinya untuk lebih mengukuhkan kewangan serta simpanannya.

Foto: IG

"Saya sudah belajar masa pandemik Covid-19 simpanan tak cukup. Bukan nakkan ada pandemik lagi tapi mana tahu kalau kita jatuh sakitkah?

"Saya sudahlah tak terbabit penggambaran selama empat bulan sebelum 'lockdown'. Bulan Mac baru nak 'shoot' satu filem yang buat saya teruja tapi tiba-tiba 'lockdown'.

"Dekat setahun tak kerja, rumah kena bayar lagi. Saya korek-korek simpanan yang tak seberapa, agak tenat juga. Saya takut juga pada masa itu," katanya kepada Harian Metro.



Tony juga terpaksa ketepikan minat mendalamnya terhadap bidang teater pada masa ini.

Sekarang, dia mahu buat sebanyak mana filem dan drama TV untuk menjana simpanan lebih kukuh berbanding sebelum ini.

"Untuk buat teater itu saya belum bersedia lagi. Saya tidak bersedia untuk menolak tawaran drama TV ataupun filem. Itu alasan yang saya berikan kepada diri saya.

"Bukan sebab tak nak buat teater atau tak minat, saya sangat minat. Cuma, saya belum bersedia dari segi kewangan untuk tolak 'job' lain semata-mata nak sambut tawaran teater," katanya.

Drama Liar yang diterbitkan dengan kerjasama Double Vision dan All3Media International turut dibintangi Tiz Zaqyah, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisa, Nazrief Nazri, Atilia Haron, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Aniq Suhair, Nas-T, Farah Ahmad, Joyce Harn, dan Charles Robert.

Siri adaptasi drama dari United Kingdom (UK) dengan judul sama itu diarahkan Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 16-3-2023 08:31 PM
Nama penuh dia mcm indon plak
Tp dia ni org sarawak kan
Quote dudaberhias 16-3-2023 08:39 PM
kena start plan punca pendapatan lain... sebab sekarang ni orang tak takut covid dah, takut bank collapse etc...
Quote cmf_premierleag 16-3-2023 08:42 PM
cuba cari acik2 keje gomen yg single lg
terjamin masa depan Tony nanti
Quote Naftalena 16-3-2023 08:52 PM
eh... bukan heols ni kawin dengan anak ex tpm dolu-dolu ke?  Dah menduda ke?
Quote kikilalapooh 16-3-2023 09:08 PM
dia berlakon bagus.. semoga murah rezeki tony tahun ni. amin
Quote syamzana 16-3-2023 09:11 PM
dia ni yg pernah masuk jail kat spore kes dadah tu kan? iols igtkan dia ni ada anak bini. single lagi ke?
bagus la beringat sementara masih laku
Quote Naftalena 16-3-2023 10:18 PM
syamzana replied at 16-3-2023 09:11 PM
dia ni yg pernah masuk jail kat spore kes dadah tu kan? iols igtkan dia ni ada anak bini. single lag ...

Setahu i, dia kawin dengan anak tun musa hitam. Rasanya si tony ni ada masa wedding anak tiri dia 2 years ago. Mungkin now dah menduda kot.
Quote hasniey 16-3-2023 10:28 PM
Eh bukan tak brlakon sbb kena tangkap kt Singapore.sbb dadah
Quote ibugarang 17-3-2023 10:21 AM
Dia nieh ex UM kan?
Quote wirazam 17-3-2023 06:54 PM
cmf_premierleag replied at 16-3-2023 08:42 PM
cuba cari acik2 keje gomen yg single lg
terjamin masa depan Tony nanti

Cari yg keje kat pej imigresen lar...Ada sorang retis dah kawin sorang kan
Quote Perawankota 17-3-2023 08:57 PM
No wonder lah masa tu relax jer jadi k sukarelawan kat pusat vaksin..
Quote fefeeling 17-3-2023 09:19 PM
Semoga murah rejeki heoll.. bg la muka2 lama yg terbukti bagus lakonan depa masuk tv.. inspired by michelle yeoh dont let anyone tell you you’re ever past your prime gituhh
Quote dua_chzy 17-3-2023 10:05 PM
Suchi replied at 16-3-2023 12:31 PM
Nama penuh dia mcm indon plak
Tp dia ni org sarawak kan

Bukan nama Ndon tu. Nama Dayak. Sounds Ndon sebab Borneo juga sebahagian dari Ndonesia so nama Dayak Ndon lebih kurang saja dengan Dayak Malaysia. Serumpun.
Quote rogayahtop 18-3-2023 02:45 AM
46? makin tua makin hensem nok jantan ghope mcm ni.
Quote purplelilac 18-3-2023 03:39 AM
rogayahtop replied at 18-3-2023 02:45 AM
46? makin tua makin hensem nok jantan ghope mcm ni.

Mmg handsome jmp dia beli jajan kat nsk. Walaupun serabai tetap handsome
Quote sharlenetexas 18-3-2023 03:47 AM
Bukan ke heols ada wife?

Quote sukacactus 18-3-2023 05:42 AM
Pernah selisih dgn dia dl, jenis senyum je
Good looking, kulit putih merah2
Quote Carcosa 18-3-2023 08:46 AM
Oh dia ni tak penah kawin ke?
Dia ni depan2, mmg Choke me Daddy sgt
Meols ingat, dia sembang2 dgn husband meols, masa baru2 lepas Covid, time kena buat booking kalau nak masuk bank.
Husband meols tak kenal dia Lepas abis sembang, meols mcm, lazatnya beliau
Quote namieamuro 18-3-2023 09:22 AM
suke tgk heols blakon. jumpe depan2 pn org nye tak sombong. senyum saje beliau

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.059530 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top