CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TikTok Didesak Jual Kepentingan Atau Diharamkan Di AS

16-3-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2572| Komen: 1

Pemilik TikTok dari China dituntut menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berdepan risiko medium berkenaan diharamkan di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah media tempatan pada Rabu.


Tuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) yang diketuai oleh Perbendaharaan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan yang memetik eksekutif Tik Tok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).


Gambar hiasan/CNA

TikTok dalam reaksi balasnya berkata, penjualan itu tidak akan menangani risiko keselamatan yang dibimbangi AS.

"Jika melindungi keselamatan negara merupakan objektif, pelupusan itu tidak menyelesaikan masalah, perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas aliran data atau akses.


"Cara terbaik untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan negara ialah dengan perlindungan data dan sistem pengguna AS yang telus dan berasaskan AS, dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap yang sudah pun kami laksanakan," kata jurucakap TikTok, Brooke Oberwetter dalam satu kenyataan.

Rumah Putih masih belum mengulas mengenai laporan itu.

Aplikasi perkongsian video milik China itu yang dilancarkan pada 2016, menjadi sangat popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan telah mencecah 755 juta pengguna global pada 2022.

Dua pertiga daripada remaja Amerika kini adalah pengguna TikTok.

Aplikasi itu dikritik kerana ia membolehkan kerajaan China mengakses data peribadi sensitif pengguna, termasuk lokasi dan sejarah imbasan. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 16-3-2023 04:31 PM
Walaun suka tiktok.maybe x sedar yg tiktok ni komunih punya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.433262 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top