CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri KKD Tak Ada Keluarkan Kenyataan Berkaitan Garis Panduan PUSPAL

16-3-2023 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2646| Komen: 2

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan Menterinya mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), sebagaimana dilaporkan dalam media hari ini.


KKD dalam satu kenyataan semalam menegaskan garis panduan PUSPAL yang dikeluarkan (semakan terbaharu) bertarikh 31 Disember 2022, yang terdapat di laman web kementerian itu adalah bertujuan memudahkan dan melonggarkan syarat bagi pihak berkaitan berurusan dalam melakukan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.


FB

"Sehubungan itu, dimaklumkan juga bahawa Menteri Komunikasi dan Digital tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan garis panduan ini seperti mana yang dilaporkan dalam media," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebarang maklumat lanjut berkaitan garis panduan berkenaan boleh didapati dengan melayari laman web KKD atau menghubungi Jawatankuasa PUSPAL (JK-Puspal) di talian 03-8911 5356.


Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan sebuah akhbar hari ini bertajuk 'Stricter Rules For Foreign Concerts: A clearer dress code and no performance allowed on religious dates', yang antara lain memetik Fahmi sebagai berkata, kemas kini garis panduan itu dibuat untuk melindungi sensitiviti rakyat negara ini selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk orang Islam dan bukan Islam. 


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 16-3-2023 02:50 PM
suda kena 'keteguran' makhluk2 halus di belakang ka???????
Quote sharlenetexas 16-3-2023 03:00 PM
Nafi pulak?


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.106394 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top