CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairi Safwan Bengang Influencer Dan Tiktoker Buat Live Di Set Shooting- "Dah Lah Payment Telemovie Hangpa Minta Rate Filem"

16-3-2023 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4409| Komen: 17

Hairi Safwan menegur sikap segelintir pempengaruh media sosial serta TikToker yang melakukan sesi Live bersama peminat sehingga menganggu proses penggambaran yang dijalankan.

Melalui status Facebook, Hairi turut meminta golongan terbabit untuk melakukan kajian skrip, menghafal dialog serta meminta tunjuk ajar dari pelakon-pelakon sebelum masuk ke set penggambaran.


“Pesanan ringkas buat influencers dan TikTokers. Kalau dapat offer dari mana-mana produksi. Buat kajian skrip, hafal dialog dan minta tunjuk ajar dari pelakon-pelakon sedia ada sebelum masuk set. Lagi bagus masuk kelas lakonan."


Foto: IG

Dia juga kesian dengan pasukan produksi yang sudah bekerja sejak awal pagi sehingga lewat malam untuk melayan pelbagai kerenah individu terlibat.

“Bukan apa kesian la sikit kat team production dari pagi datang dan balik pagi sebab nak tunggu hangpa settle live pastu ada membobok datang dengan baju tak kena, macam-macam lah.


"Dah lah payment telemovie hangpa minta rate filem. Maaf la terpaksa luah sebab dah kena dah 1 scene dari 11 malam ke 6.40 pagi. MOHON HENTIKAN LIVE TIKTOK SEMASA PENGGAMBARAN SEDANG DIJALANKAN.”

Perkongsian Hairi itu turut mendapat reasksi seniwati Fauziah Nawi yang berpendapat mereka seharusnya menyertai kelas lakonan serta membuat persediaan dan persiapan sebelum ke set penggambaran.

“Suruh depa masuk basic acting class paling sikit pun bukan mintak tolong artis dalam set. Artis bukan director.

"Sebelum masuk set buat persediaan dan persiapan. Jangan minta tolong pelakon sedia ada. Mereka pun ada tugas untuk dibuat. Kindly attend classes. Basic pun memadai. Tengah shoot memang tak boleh buat live." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 16-3-2023 01:19 PM
ni dah cukup baik dah nasihat heols. Pasni kalau ada yg tuduh heols merentan memang tak reti membaca gamaknye
Quote PocongTerbang 16-3-2023 01:28 PM
Production malas nak carik pelakon,asal femes je jadikan pelakon walau kayu mengalahkan kayu jati.PHC tu boleh je cast bebudak HR yg sendu,sbb cerita menarik terus meletop bdk2 tu.ni dahla cerita tak menarik,pelakon kayu.sapa je nak tgk?
Quote Mulotkoyak 16-3-2023 02:03 PM
Masalah nye yg produksi ni amik tiktokers and influencers buat ape? Dah tau pelakon yg sedia ade pun berlambak yg xdpt job, better amik yg dh tersedia bole memegang watak. Pastu nk meroyan?
Quote ezacbee 16-3-2023 02:10 PM
Sapakah penerbit tu???

Hadap ngan tiktokers..
Quote Parit.Hilton 16-3-2023 02:39 PM
tiktoker dgn influencer yg diambil jadi pelakon ni sama la macam dak intern yg apply internship for the sake of nak grad ja
buat kerja tak tahu
dah tak tahu tak nak bertanya
pastu menyombong dok belek fon 24/7

event company tak nak join
bagi arahan sikit buat muka

haa gitu iols meluah rasa
Quote marchikobonzo 16-3-2023 04:08 PM
Dia ni ok la, not bad kalau berlakon
Quote kembangbunga 16-3-2023 04:14 PM
Parit.Hilton replied at 16-3-2023 02:39 PM
tiktoker dgn influencer yg diambil jadi pelakon ni sama la macam dak intern yg apply internship for  ...

Iols rasa memang perangai budak zaman sekarang macam ni lah. Iols pun dah serik nak ambik intern. tu belum cerita tidur & selalu MC. MC pulak selalu ambik Isnin. nampak sangat tak ada disiplin.
Quote LadyCarefree 16-3-2023 08:16 PM
Mulotkoyak replied at 16-3-2023 01:03 PM
Masalah nye yg produksi ni amik tiktokers and influencers buat ape? Dah tau pelakon yg sedia ade pun ...

Exactly. Sendiri xcerdik.
Quote dudaberhias 16-3-2023 08:49 PM
eh sape tiktokers dan influencers tu masalahnyaaa??

takkan si ryan tu kot... jarang kot iols nampak yang live sampai 6 jam macamtu... takkan lah si parah mendosa yang terpaksa live bigo untuk tambah side income yang rumah serba pink dengan jag kedai 2 henggetttt
Quote adeqbun 16-3-2023 09:24 PM
marchikobonzo replied at 16-3-2023 04:08 PM
Dia ni ok la, not bad kalau berlakon

Cite ape ntah..die jd jahat namateuy dan membewak..adoi selamber muke die..xyah jerit2..muka koya je berckp menyakitkan hati org ..jd ust pon menjadi .watak klakar pon boleh masuk
Quote ciksom 16-3-2023 11:02 PM
adeqbun replied at 16-3-2023 09:24 PM
Cite ape ntah..die jd jahat namateuy dan membewak..adoi selamber muke die..xyah jerit2..muka koya  ...

Aku suka dia belakon kelakar.tapi tak tau mama.
Quote kikilalapooh 16-3-2023 11:11 PM
PocongTerbang replied at 16-3-2023 01:28 PM
Production malas nak carik pelakon,asal femes je jadikan pelakon walau kayu mengalahkan kayu jati.PH ...

SETUJU. PHC tu penuh dengan muka baru and well deliver je lakonan dorang semua.

producer yang ambik influencer ni sebab nak kan marketing je. buat rosak industri.
Quote Mulotkoyak 17-3-2023 02:28 PM
LadyCarefree replied at 16-3-2023 12:16 PM
Exactly. Sendiri xcerdik.

????????????
Quote LadyCarefree 17-3-2023 06:10 PM
Mulotkoyak replied at 17-3-2023 01:28 PM
????????????

LOL. Kita setuju pun jadi ???? Hahahahha
Quote eely_shana 18-3-2023 10:53 PM
Selalu nmpak berlakon tapi xtau nama
Quote Mulotkoyak 22-3-2023 05:05 PM
LadyCarefree replied at 17-3-2023 10:10 AM
LOL. Kita setuju pun jadi ???? Hahahahha

Hahaha... Sujutttt sukurrrr sis.
Quote sleepandream 22-3-2023 05:49 PM
kekadang crew pun tak efisyen... tu pun jadi lambat...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.110096 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top