CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebelum Bersalin Pakar Bagitahu Bayi Akan Meninggal, Kuasa Tuhan Sampai Sekarang Hidup "Harap Aidilfitri Nanti Masih Bersama"

16-3-2023 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3034| Komen: 9

Seorang ibu menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah anaknya Ayesha Nuha yang dilahirkan pramatang pada 9 Jun 2022.

Nor Faizah Ismail, 30, dia dan suami Md Aidil Faat, 35, hanya mampu berdoa selepas doktor memberi bayangan bahawa si cilik itu mungkin tiada harapan untuk terus hidup.


"Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling," tulisnya pada kapsyen video di TikTok.



Faizah mengakui telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun terkejut anaknya terus bertahan.

"Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ penting baby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.

"Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 - 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.


"Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat," katanya kepada mStar.



Menurut Faizah, dia dan suami tidak menyangka si comel itu mula menunjukkan reaksi positif selepas dua bulan dia ditahan di NICU.

Biarpun masih menjadi penghuni hospital, Nuha menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dibenarkan untuk pulang ke rumah, pada bulan ini.

"Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.

"Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat," ujarnya.

Pada Rabu, Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang tidak stabil, namun Faizah berharap situasi itu tidak berpanjangan dan besar harapannya dia dapat pulang sebelum Aidilfitri tidak lama lagi.

"Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.

"Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia turut mendoakan kesejahteraan Nuha selepas Faizah berkongsi mengenai kisah anaknya itu menerusi aplikasi TikTok.

Menurut Faizah, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai, malah kembali bersemangat selepas ramai insan senasib dengannya turut 'hadir' memberi sokongan secara dalam talian.

"Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.

"Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA," ujar Faizah mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meah_kelabu 16-3-2023 12:39 PM
baby yang lama di nicu insyallah mmg cekal
semoga yang baik2 saja utk awak baby nuha
dan semoga family baby ni pn diberi kekuatan
Quote rospinki 16-3-2023 01:09 PM
mmng hebat org yg masih dapat berkarangan tentang apa yg dia hadapi itu. sama juga dgn org yg busy masih dapat berkarangan panjang bercerita idea sana sini. aku kalau sakit atau ditimpa kesusahan waima bz sklipun takde kata2 yg dapat aku katakan. berbunyi bla aku tenang saja. if you see me quiet2 aku bz or aku tengah runsing or tengah marah rasa nk makan org.
Quote Moyangkucing 16-3-2023 01:50 PM
Semoga Nuha membesar sihat dan menjadi anak yg soleh...aamin.
Quote stingerbumpy 16-3-2023 01:56 PM
rospinki replied at 16-3-2023 01:09 PM
mmng hebat org yg masih dapat berkarangan tentang apa yg dia hadapi itu. sama juga dgn org yg busy m ...

Do you want ketchup or thai cili sauce with lots of cheese on me?

Responding to mood ko nak makan org?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote sarahmirza 16-3-2023 02:22 PM
Edited by sarahmirza at 16-3-2023 02:24 PM

Kalau doktor bagi harapan, korang pun menaruh harapan tinggi.
Tapi bila harapan tinggal harapan, korang juga sedikit sebanyak akan salahkan doktor.
Jadi baik doktor cakap je takde harapan or harapan tipis.
Sekurang2nya korang bersedia dengan segala pengakhirannya.

Doktor tu manusia, bukan Tuhan.
Kalau awal2 yakin pada itu, takde la karangan berjela2 pasal ramalan doktor tu salah.Seolah nak salahkan doktor...apa ni, doktor pakar pun tak pandai bla3x ke?
Dah memang Tuhan punya kerja semua atas segala yang berlaku, semua orang tau.


Quote pembacagosip 16-3-2023 02:40 PM
moga terus sihat dan kuat ye nak
Quote awenda507 16-3-2023 03:30 PM
moga membesar dgn sihat Nuha
Quote stingerbumpy 16-3-2023 03:47 PM
sarahmirza replied at 16-3-2023 02:22 PM
Kalau doktor bagi harapan, korang pun menaruh harapan tinggi.
Tapi bila harapan tinggal harapan, kor ...

Ko ingat doktor takda etika kedoktoran yg perlu dipatuhi dlm menyampaikheun segala bentuk infomasi pada pesakit atau waris? Suka suki mak pak ko utk mereka sampai kheun news ngikut citarasa dan selera mereka?

Bodoh iteww simpan sikit dlm poket pyjamas ko boleh tak?
Quote noor2 16-3-2023 03:51 PM
Doktor bukan tuhan....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063840 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top