Datuk Hail Amir terus aktif menyanyi hingga ke Brunei walaupun usia dah mencecah 75 tahun Katanya dia enggan menolak rezeki kerana ia perbuatan yang Allah tidak suka. Lagipun, beliau memang minat menyanyi dan hingga kini rezekinya dalam nyanyian tidak putus.
Katanya, mana mungkin dia harus menolak rezeki yang datang begitu saja. "Saya tidak akan menolak rezeki kerana sekali kita tolak, belum tentu akan dapat lagi. Jadi, daripada selepas itu termenung menanti rezeki, apabila sudah dapat kita terima saja dan bersyukur. Allah pun suka. "Alhamdullillah, sehingga kini Allah masih lagi mengizinkan saya untuk menyanyi, menghiburkan orang ramai. Saya gembira dan akan terus melakukannya selagi ada penganjur yang memanggil," katanya. Katanya, dia baru pulang dari persembahan di Brunei, Sabah, Sarawak dan Perak.
"Saya tidak kisah tempatnya jauh kerana sambutan dan layanan diberikan oleh masyarakat juga bagus," katanya kepada Harian Metro. Hail yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba berkata, kebanyakan tawaran menyanyi diterimanya pada hujung minggu dan dia okay saja kerana akan ditemani isteri dan anak. Bercerita mengenai kesihatannya, Hail yang pernah mendapat serangan jantung pada 2018 berkata, keadaan kesihatannya kini dalam keadaan baik dan sentiasa menjalani pemeriksaan berkala di Institut Jantung Negara (IJN). "Sekarang, saya sangat menjaga pemakanan harian dan mengambil ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor. Alhamdulillah, saya masih sihat lagi, cuma badan kurus sedikit kerana saya jaga makan," katanya. Terbaharu, Hail bakal menjayakan Konsert Raya Sepanjang Zaman bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 6 Mei ini, jam 8.30 malam. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eely_shana replied at 18-3-2023 11:04 PM
Semoga terus sihat. Beliau hnya penyanyi kan, bukan pelakon
ADVERTISEMENT