View: 2322|Reply: 5
|
Usia Dah 75 Tahun, Hail Amir Tak Akan Berhenti Menyanyi "Allah Tak Suka Kita Tolak Rezeki"
[Copy link]
|
|
Datuk Hail Amir terus aktif menyanyi hingga ke Brunei walaupun usia dah mencecah 75 tahun
Katanya dia enggan menolak rezeki kerana ia perbuatan yang Allah tidak suka. Lagipun, beliau memang minat menyanyi dan hingga kini rezekinya dalam nyanyian tidak putus.
Katanya, mana mungkin dia harus menolak rezeki yang datang begitu saja.
Hail Amir, Foto: Harian Metro
"Saya tidak akan menolak rezeki kerana sekali kita tolak, belum tentu akan dapat lagi. Jadi, daripada selepas itu termenung menanti rezeki, apabila sudah dapat kita terima saja dan bersyukur. Allah pun suka.
"Alhamdullillah, sehingga kini Allah masih lagi mengizinkan saya untuk menyanyi, menghiburkan orang ramai. Saya gembira dan akan terus melakukannya selagi ada penganjur yang memanggil," katanya.
Katanya, dia baru pulang dari persembahan di Brunei, Sabah, Sarawak dan Perak.
"Saya tidak kisah tempatnya jauh kerana sambutan dan layanan diberikan oleh masyarakat juga bagus," katanya kepada Harian Metro.
Hail yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba berkata, kebanyakan tawaran menyanyi diterimanya pada hujung minggu dan dia okay saja kerana akan ditemani isteri dan anak.
Bercerita mengenai kesihatannya, Hail yang pernah mendapat serangan jantung pada 2018 berkata, keadaan kesihatannya kini dalam keadaan baik dan sentiasa menjalani pemeriksaan berkala di Institut Jantung Negara (IJN).
"Sekarang, saya sangat menjaga pemakanan harian dan mengambil ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor. Alhamdulillah, saya masih sihat lagi, cuma badan kurus sedikit kerana saya jaga makan," katanya.
Terbaharu, Hail bakal menjayakan Konsert Raya Sepanjang Zaman bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 6 Mei ini, jam 8.30 malam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus sihat. Beliau hnya penyanyi kan, bukan pelakon |
|
|
|
|
|
|
|
eely_shana replied at 18-3-2023 11:04 PM
Semoga terus sihat. Beliau hnya penyanyi kan, bukan pelakon
Dulu banyak gak filem lakonan dia.
Harryyyy...!! Tibe teringat filem jiwa remaja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga sentiasa Uncle Hail Amir sihat mencari rezeki sehingga ke akhir hayat. Dulu tengok Uncle Hail Amir muda2 dressing, muka "playboy" rupa2nya alhamdulillah setia dgn isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia Effa Rizan kan? Aii selalu jugak tengok youtube wife dia. Dah try buat sambal bilis kering campur kulit popiah. Sedap!!
Hail AMir best duet dgn Uji. Uji best duet dgn DJ Davee. Tapi aii layan duet zaliha hamid dgn Aziz Ahmad. Thanks to youtube sebab banyak org letak lagu lama lama.
Suara penyanyi dulu lagi sedap dari suara penyanyi sekarang. :-)
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka boleh tahan jenis bad boy dikala muda.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|