CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bocil Saywho Dah Balik Indonesia, Buat Macam-Macam Kerja- Nak Duduk Malaysia Lagi Kalau Dapat Tawaran Meriah

16-3-2023 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6943| Komen: 37

Bocil Bancin, 39, mendedahkan terpaksa balik kampung di Aceh sehingga rezekinya dalam bidang seni di Malaysia kembali meriah.

Bocil yang dikenali menerusi kumpulan Saywho dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) berkata, dia terpaksa pulang ke Aceh sebaik pandemik Covid-19 pada 2020.


Foto: IG


"Ikutkan sebelum itu saya masih banyak tawaran untuk mengacara serta terbabit dengan program karnival. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, saya ambil keputusan balik Aceh untuk bersama keluarga.

"Saya dah tak datang Malaysia selepas itu. Di kampung saya, Singkil saya cari rezeki buat aktiviti trip terbuka kepada pelancong yang nak bercuti di pulau.

"Saya juga buat acara 'family camping' dan pelbagai lagi untuk cari rezeki. Dapat juga rezeki walaupun tak banyak mana. Lagipun hobi saya ialah bercuti," katanya.



Bocil hanya kembali mendapat tawaran apabila pintu sempadan dibuka pada pertengahan tahun lalu.

"Ada juga beberapa tawaran yang datang termasuk dari Singapura dan saya terima. Namun, saya masih buat keputusan untuk terus menetap di Singkil kerana tawaran tak semeriah berbanding dulu.

"Orang ingat saya terus balik Indonesia sedangkan saya boleh berulang-alik.



Tapi, untuk duduk semula di Malaysia agak susah kecuali pendapatan saya dalam seni kembali stabil.

"Saya turut cari pendapatan lain dengan usahakan beberapa produk seperti minyak cengkih dan buka kiosk jual kuih Aneka Desert Station di Saujana Damansara berkongsi dengan dua rakan," katanya.

Walaupun tinggal jauh, Bocil tetap memantau perniagaan ini dari Aceh.



"Mungkin jika ada empat tawaran dalam sebulan atau seminggu ada dua tawaran boleh saya turun ke Malaysia. Kalau satu pun jika bayar okey saya akan turun.

"Baru-baru ini saya datang Malaysia buat mini projek dengan kawan-kawan berkenaan lato-lato. Alhamdulillah ia tular di TikTok, Instagram dan YouTube.

"Ia popular di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Thailand dan Korea. Syukur," katanya.



Ditanya berkenaan jodoh, anak kelima daripada tujuh beradik ini melahirkan keinginan untuk berkahwin sekiranya ada jodoh.

"Semua dah berkeluarga. Saya masih mencari dan perlukan wanita yang sesuai," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shahman86 16-3-2023 11:17 AM
Si vicha tu terus duduk sini tak balik2 lagi indon sejak berlaki abg nigeria tu.anak2 dia yg dtg sini pula
Quote beta_carotene 16-3-2023 11:20 AM
nak tgk gandingan bocil dgn hasbulla
hasbulla ori ye bukan anak jah
Quote MistrezHermanaz 16-3-2023 11:24 AM
dh 39 umur dia ye..dulu iols ingat dia perempuan
Quote dekmieDandy 16-3-2023 11:41 AM
ini zaman latto latto
Quote bintangct 16-3-2023 11:43 AM
lahh iols igt dia ni perempuan
Quote cattiecute 16-3-2023 11:53 AM
muka dia macam amerrrriikaaaa yang raja lawak tu
lani jual air jagung dah
bagus la pandai cari rezeki cara berniaga tak harap live tiktok sambil netizen derma
Quote fadz84 16-3-2023 12:15 PM
Dulu selalu jgk nmpk dia ni berlakon cite2 fairy tale indon yg tayang masa cuti sekolah..
Quote missHaidiD 16-3-2023 12:25 PM
Ada skali aku baca dia curang dgn isteri dia

Ada yg komen tak pdn kemetot
Quote razzia 16-3-2023 12:34 PM
missHaidiD replied at 16-3-2023 12:25 PM
Ada skali aku baca dia curang dgn isteri dia

Ada yg komen tak pdn kemetot

dia ni ka,ingat kan org lain
Quote sleepandream 16-3-2023 12:46 PM
ooo heols ni asal aceh ropernye
Quote Kurex 16-3-2023 12:50 PM
Dunia khayalan dunia impian

[youtube]1e_2OgV8hJY[/youtube]
Quote Suchi 16-3-2023 12:57 PM
Edited by Suchi at 16-3-2023 01:08 PM
missHaidiD replied at 16-3-2023 12:25 PM
Ada skali aku baca dia curang dgn isteri dia

Ada yg komen tak pdn kemetot


Itu org lain kan? Daus mini yg curang tu.Bocil mana kawen lagi.
Dia jaga mak dia je skrg ni.

Gaya org nya bkn jenis rempitan caption kat ig tersusun je di eja penuh.
Quote Suchi 16-3-2023 01:04 PM
sleepandream replied at 16-3-2023 12:46 PM
ooo heols ni asal aceh ropernye

Biasa org acheh ni mcm melayu ke ye? Sbb nama penuh bocil ni mcm ala nama tipikal org melayu islam ada muhammmad camtu ala2 nama ariel noah tu la.
Tgk mak dia pun jenis pakai jubah dan tudung labuh mini telekung tu.
Quote Suchi 16-3-2023 01:13 PM
razzia replied at 16-3-2023 12:34 PM
dia ni ka,ingat kan org lain

Hat curang tu Daus mini katanya pelawak terkenal kat sana, Bocil ni mcm lebih dikenali kat malaysia ngn SG.
2A68306D-5CF0-4B9B-92E5-14A03FC260FD.jpeg
Quote da_lynn 16-3-2023 01:16 PM
Suchi replied at 16-3-2023 12:57 PM
Itu org lain kan? Daus mini yg curang tu.Bocil mana kawen lagi.
Dia jaga mak dia je skrg ni.


Dia ni rasanya macam educated jugak.
Pernah jadi panel utk salah satu program research MOHE. Kawan iols kerja MOHE yg bagitau.
Quote aleesyasofia 16-3-2023 01:25 PM
Suchi replied at 16-3-2023 01:04 PM
Biasa org acheh ni mcm melayu ke ye? Sbb nama penuh bocil ni mcm ala nama tipikal org melayu islam ...

kalau aceh iolss tak pasti walaupun iolss ada saudara jauh di sana.. belum berkesempatan nak berjumpa.. kalau yang macam Melayu sama macam kita kalau tak silap di Riau.. sebab iolss pergi sana orangnya bercakap Melayu dan pakaian pun orang Melayu macam kita.. baju Melayu sama macam sini..
Quote Me_Ra 16-3-2023 02:02 PM
Kurex replied at 16-3-2023 12:50 PM
Dunia khayalan dunia impian

hahaha lagu ni selalu dengar time balik sekolah dulu2
Quote sleepandream 16-3-2023 09:30 PM
Suchi replied at 16-3-2023 01:04 PM
Biasa org acheh ni mcm melayu ke ye? Sbb nama penuh bocil ni mcm ala nama tipikal org melayu islam ...

iols pun tak pasti. bulan 5 ni baru iols nak g aceh...
Quote SalenaGomez 16-3-2023 09:34 PM
Shahman86 replied at 16-3-2023 11:17 AM
Si vicha tu terus duduk sini tak balik2 lagi indon sejak berlaki abg nigeria tu.anak2 dia yg dtg sin ...

Org sana kalau boleh mmg nak angkut dgn anak2 skali bawak sini…malaysia best apa…nak buat apa2 xde org kacau, medical hospital murah…kan

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.059076 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top