Bocil Bancin, 39, mendedahkan terpaksa balik kampung di Aceh sehingga rezekinya dalam bidang seni di Malaysia kembali meriah.
Bocil yang dikenali menerusi kumpulan Saywho dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) berkata, dia terpaksa pulang ke Aceh sebaik pandemik Covid-19 pada 2020.
Foto: IG
"Ikutkan sebelum itu saya masih banyak tawaran untuk mengacara serta terbabit dengan program karnival. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, saya ambil keputusan balik Aceh untuk bersama keluarga.
"Saya dah tak datang Malaysia selepas itu. Di kampung saya, Singkil saya cari rezeki buat aktiviti trip terbuka kepada pelancong yang nak bercuti di pulau.
"Saya juga buat acara 'family camping' dan pelbagai lagi untuk cari rezeki. Dapat juga rezeki walaupun tak banyak mana. Lagipun hobi saya ialah bercuti," katanya.
Bocil hanya kembali mendapat tawaran apabila pintu sempadan dibuka pada pertengahan tahun lalu.
"Ada juga beberapa tawaran yang datang termasuk dari Singapura dan saya terima. Namun, saya masih buat keputusan untuk terus menetap di Singkil kerana tawaran tak semeriah berbanding dulu.
"Orang ingat saya terus balik Indonesia sedangkan saya boleh berulang-alik.
Tapi, untuk duduk semula di Malaysia agak susah kecuali pendapatan saya dalam seni kembali stabil.
"Saya turut cari pendapatan lain dengan usahakan beberapa produk seperti minyak cengkih dan buka kiosk jual kuih Aneka Desert Station di Saujana Damansara berkongsi dengan dua rakan," katanya.
Walaupun tinggal jauh, Bocil tetap memantau perniagaan ini dari Aceh.
"Mungkin jika ada empat tawaran dalam sebulan atau seminggu ada dua tawaran boleh saya turun ke Malaysia. Kalau satu pun jika bayar okey saya akan turun.
"Baru-baru ini saya datang Malaysia buat mini projek dengan kawan-kawan berkenaan lato-lato. Alhamdulillah ia tular di TikTok, Instagram dan YouTube.
"Ia popular di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Thailand dan Korea. Syukur," katanya.
Ditanya berkenaan jodoh, anak kelima daripada tujuh beradik ini melahirkan keinginan untuk berkahwin sekiranya ada jodoh.
"Semua dah berkeluarga. Saya masih mencari dan perlukan wanita yang sesuai," katanya. -CARI
muka dia macam amerrrriikaaaa yang raja lawak tu
lani jual air jagung dah
bagus la pandai cari rezeki cara berniaga tak harap live tiktok sambil netizen derma
Post time 16-3-2023 01:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sleepandream replied at 16-3-2023 12:46 PM
ooo heols ni asal aceh ropernye
Biasa org acheh ni mcm melayu ke ye? Sbb nama penuh bocil ni mcm ala nama tipikal org melayu islam ada muhammmad camtu ala2 nama ariel noah tu la.
Tgk mak dia pun jenis pakai jubah dan tudung labuh mini telekung tu.
kalau aceh iolss tak pasti walaupun iolss ada saudara jauh di sana.. belum berkesempatan nak berjumpa.. kalau yang macam Melayu sama macam kita kalau tak silap di Riau.. sebab iolss pergi sana orangnya bercakap Melayu dan pakaian pun orang Melayu macam kita.. baju Melayu sama macam sini..