Isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong iaitu Ho Ching menempelak segelintir pihak yang membidas Malaysia tidak wajar 'menumpang' di atas kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh. Katanya, Malaysia sudah lama mengiktiraf sumbangan besar anak seni kelahiran Ipoh berkenaan dalam arena seni global sebelum merangkul anugerah Oscar lagi.
Malah, Michelle yang merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) Isnin lalu dianugerahkan gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan iaitu Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings itu berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel yang disiarkan di sebuah portal Singapura yang mendakwa, Malaysia tidak sewajarnya berpendapat negara itu memberi sumbangan pada kejayaan Michelle. “Sudah tentu Malaysia harus berbangga dengan Michelle Yeoh, bahkan mereka (kerajaan Malaysia) juga sudah mengiktiraf beliau dengan menganugerahkan (gelaran) Tan Sri sebelum beliau memenangi Oscar,” kata Ho Ching dalam hantaran di akaun Facebook beliau.
Michelle, diangkat sebagai pemenang kategori itu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Everything Everywhere All at Once sekali gus menjadikan beliau pelakon wanita Malaysia dan Asia pertama diiktiraf di Hollywood dalam sejarah perfileman. Dalam perkembangan sama, Ho Ching berkata, Michelle juga telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang selain mencetus kesedaran masyarakat berhubung banyak kerja bermanfaat. “Beliau ialah Duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tugasnya mencetus kesedaran selain mengatur sokongan pada usaha pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. “Beliau telah hadir dan bersuara demi kebaikan,” kata Ho Ching lagi. Dalam hantaran sama, Ho Ching mengucapkan tahniah kepada Michelle serta menyatakan harapan agar pelakon berusia 60 tahun itu akan meraih pelbagai lagi kejayaan pada masa depan. Sumber: AWANI
|
Fly_over replied at 16-3-2023 10:53 AM
yg acah2 nak sound xyah nak bangga dgn kejayaan ni yg over pulak. michelle tu rilek je. bukan dia ke ...
PocongTerbang replied at 16-3-2023 05:25 AM
Dia menang,ucap tahniah la.takkan nak keji pulak mak michelle tu rilek je jerit malaysia bole ...
winky1 replied at 16-3-2023 05:20 AM
She s proud to be Malaysian tapi takkan nak sebut benda tu hari2....dia balik kampung Ipoh pun dia t ...
dua_chzy replied at 16-3-2023 01:27 PM
Amboi. Ada rupanya mak TS Michelle dok Malaysia Boleh bagai. Comey.
dua_chzy replied at 16-3-2023 01:27 PM
Amboi. Ada rupanya mak TS Michelle dok Malaysia Boleh bagai. Comey.
dudaberhias replied at 16-3-2023 01:53 PM
kita ucap tahniah jerrr.... masalahnya retis2 malaysia di industri sendu malaysia pun jarang sebut t ...
dudaberhias replied at 16-3-2023 01:53 PM
kita ucap tahniah jerrr.... masalahnya retis2 malaysia di industri sendu malaysia pun jarang sebut t ...
ADVERTISEMENT