CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6426|Reply: 44

Malaysia Dah Lama Iktiraf Michelle Yeoh Sebelum Dapat Anugerah Oscar - Isteri PM Singapura

[Copy link]
Post time 16-3-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong iaitu Ho Ching menempelak segelintir pihak yang membidas Malaysia tidak wajar 'menumpang' di atas kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh.


Katanya, Malaysia sudah lama mengiktiraf sumbangan besar anak seni kelahiran Ipoh berkenaan dalam arena seni global sebelum merangkul anugerah Oscar lagi.


Malah, Michelle yang merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) Isnin lalu dianugerahkan gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan iaitu Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.




IG




Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings itu berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel yang disiarkan di sebuah portal Singapura yang mendakwa, Malaysia tidak sewajarnya berpendapat negara itu memberi sumbangan pada kejayaan Michelle.


“Sudah tentu Malaysia harus berbangga dengan Michelle Yeoh, bahkan mereka (kerajaan Malaysia) juga sudah mengiktiraf beliau dengan menganugerahkan (gelaran) Tan Sri sebelum beliau memenangi Oscar,” kata Ho Ching dalam hantaran di akaun Facebook beliau.  


Michelle, diangkat sebagai pemenang kategori itu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Everything Everywhere All at Once sekali gus menjadikan beliau pelakon wanita Malaysia dan Asia pertama diiktiraf di Hollywood dalam sejarah perfileman.


Dalam perkembangan sama, Ho Ching berkata, Michelle juga telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang selain mencetus kesedaran masyarakat berhubung banyak kerja bermanfaat.


“Beliau ialah Duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tugasnya mencetus kesedaran selain mengatur sokongan pada usaha pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


“Beliau telah hadir dan bersuara demi kebaikan,” kata Ho Ching lagi.


Dalam hantaran sama, Ho Ching mengucapkan tahniah kepada Michelle serta menyatakan harapan agar pelakon berusia 60 tahun itu akan meraih pelbagai lagi kejayaan pada masa depan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
yg acah2 nak sound xyah nak bangga dgn kejayaan ni yg over pulak. michelle tu rilek je. bukan dia kena bagi anugerah tu letak kt muzium negara pun. biar jela org nak tumpang bangga. halah halahhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sini bukan main pung pang claim ckp ahh sohh ni dari sini..tp ah sohhh ni tak pernah pula kata dia masih rakyat negara ni.cuma dia ckp aje dia asal dari ipoh tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Org berjaya kita ucapla tahniah kebetulan dia asal Malaysia.
Iols tgk dia ada VC mak dia sejurus menang tu, kemain mak dia jerit Malaysia boleh.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 16-3-2023 10:53 AM
yg acah2 nak sound xyah nak bangga dgn kejayaan ni yg over pulak. michelle tu rilek je. bukan dia ke ...

Kan Kita ucap tahniah je pun.
Orang lain pulak yg over sbb ade rakyat malaysia ucap tahniah kat MY.
Lepas ni sape pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ngam kat CI.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw tq Ho Ching sebab cerca media Singapork yang kutuk Malaysia takyah berangan nak claim Michelle.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
She s proud to be Malaysian tapi takkan nak sebut benda tu hari2....dia balik kampung Ipoh pun dia tak canang. Orang pun tak perasan sbb jenis tak gebang dan heboh ...sibuk dgn profesion dan nak capai Oscar...dapat dah pun. Kebajikan dia buat tapi tak heboh juga ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 01:20 PM | Show all posts
Bagus acik Ho Ching tolong backup...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia menang,ucap tahniah la.takkan nak keji pulak   mak michelle tu rilek je jerit malaysia boleh masa anak dia menang,org lain pulak nak over ckp kita tak payah nak melebih.michelle tu sampai skrg still reti ckp bm,balik tolong masa banjir maknanya dia tak lupa kat negara asal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
PocongTerbang replied at 16-3-2023 05:25 AM
Dia menang,ucap tahniah la.takkan nak keji pulak   mak michelle tu rilek je jerit malaysia bole ...

Amboi. Ada rupanya mak TS Michelle dok Malaysia Boleh bagai. Comey.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
winky1 replied at 16-3-2023 05:20 AM
She s proud to be Malaysian tapi takkan nak sebut benda tu hari2....dia balik kampung Ipoh pun dia t ...

Michelle yeoh kan ada balik kejap masa banjir melanda teruk selangor x lama dulu?

I mcm ingat2 lupa

Ada dia then i think vincent tan ke sapa

Tp org2 berpengaruh juga

Sorry klu salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-3-2023 01:27 PM
Amboi. Ada rupanya mak TS Michelle dok Malaysia Boleh bagai. Comey.

Ada je,dua tiga kali jgk mak dia laung malaysia boleh.yg bukan family michelle pulak nak over
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah betul nak tahniah org menang pun jd hal
Get a life la ppl
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:53 PM | Show all posts
kita ucap tahniah jerrr.... masalahnya retis2 malaysia di industri sendu malaysia pun jarang sebut theyols bangga dengan malaysia ada hati theyols nak cakap michelle yeoh bangga ke idokkk...

dah la retis2 malaysia mostly suka comment in english... gitu ke rhoperrr orang bangga dengan malaysia?? tup tuppppp fefeeling bangsar bubble... yang shilalat tu plak gigih dun berslang2 british walaupun memasing muka macam tapai basi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-3-2023 01:27 PM
Amboi. Ada rupanya mak TS Michelle dok Malaysia Boleh bagai. Comey.

Masih Ticer
MY pun ada rumah kat KL
Ramai orang ingat dia menetap di HK
Tapi sebenarnya dia ada aje ulang alik balik sini
Cuma dia tak campur dengan retis tempatan
Dia buat hal dia aje

Pasal tu lah agaknya ramai retis bitter
Ala2 wajib masuk group wasap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-3-2023 01:53 PM
kita ucap tahniah jerrr.... masalahnya retis2 malaysia di industri sendu malaysia pun jarang sebut t ...

Setuju kaka Dud
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 02:37 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-3-2023 01:53 PM
kita ucap tahniah jerrr.... masalahnya retis2 malaysia di industri sendu malaysia pun jarang sebut t ...

auchhhh...... nih klu si remilah begum baca, mau dia rasa terpukul senak di dada.....

acik MY aman-aman build up career kat hollywood dan still claim dia org mesia, while acik remilah begum now dah abis claim dia Aussie ker?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik Michelle nih dah bertahun2 jadi duta tak rasmi utk Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah pape SG n HK memasing sama bitter walhal gelaran Dato Sri n Tan Sri tu sheols dapat dari neg mana??

Ramai gak netizen cina2 tak abis2 ckap Msia takyah nak claim TSMY dari sini walhal build up career kat HK klau stay sini silap2 movie kena banned cam Mentega Terbang

Tiberrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.271258 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list