Tujuh sekeluarga di Kampung Baru, di Gua Musang hidup tanpa bekalan elektrik selama hampir empat tahun. Justeru, mereka memohon bantuan orang ramai untuk membeli sebuah generator bagi memasang lampu pada waktu malam.
BH Online melaporkan, bekalan elektrik di rumah itu dipotong apabila keluarga Rusmawaty Rusdy, 35, gagal membayar tunggakan bil mencecah ribuan ringgit. Bagaimanapun, penyambungan semula elektrik tidak boleh dilakukan walaupun jumlah tunggakan dibayar ekoran kedudukan rumah di atas tanah rizab sungai. Katanya, sudah hampir empat tahun dia dan suami, Mohd Soffian Mohd Rosni, 41, serta lima anak berusia antara dua hingga 14 tahun hidup tanpa bekalan elektrik.
Setiap malam, suaminya yang melakukan kerja kampung dan pendapatan tidak menentu akan menyalakan lampu LED menggunakan bateri kereta yang hanya sekadar menerangi ruang tamu. "Lampu LED ini pun dipasang hanya sekejap sahaja dan mampu bertahan hanya beberapa jam. Kami tujuh beranak tidur bergelap setiap malam. "Apabila anak perlu menyiapkan kerja sekolah, mereka akan melakukannya pada siang hari. "Jadi kami sangat berharap sekiranya ada pihak yang sudi membantu untuk membeli sebuah generator supaya dapat kami memasang lampu pada waktu malam," katanya ketika ditemui BH Online di rumahnya. Sama seperti ibu bapa lain, mereka juga ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun tidak mampu menyewa rumah yang lebih baik. "Untuk memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kami risau tidak mampu membayar komitmen bulanan," katanya. Terdahulu wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Myfundaction mengunjungi Rusmawaty bagi menyampaikan sumbangan makanan asas. - CARI
|
sarahmirza replied at 16-3-2023 04:56 AM
Muda lagi mereka ini. Berhijrah la jika itu sahaja yang boleh mengubah nasib anak beranak. Kenapa ta ...
gigahertz replied at 16-3-2023 04:06 PM
First of all kena check IC laki bini.
ADVERTISEMENT