CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3371|Reply: 6

4 Tahun 7 Beranak Hidup Bergelap Tanpa Bekalan Elektrik

[Copy link]
Post time 16-3-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh sekeluarga di Kampung Baru, di Gua Musang hidup tanpa bekalan elektrik selama hampir empat tahun.


Justeru, mereka memohon bantuan orang ramai untuk membeli sebuah generator bagi memasang lampu pada waktu malam.


BH Online melaporkan, bekalan elektrik di rumah itu dipotong apabila keluarga Rusmawaty Rusdy, 35, gagal membayar tunggakan bil mencecah ribuan ringgit.




Rusmawaty bersama anak-anak dikunjungi wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Myfundaction bagi menyampaikan sumbangan makanan asas di rumahnya di Kampung Baru, di sini. - Foto Paya Linda Yahya/BH Online





Bagaimanapun, penyambungan semula elektrik tidak boleh dilakukan walaupun jumlah tunggakan dibayar ekoran kedudukan rumah di atas tanah rizab sungai.


Katanya, sudah hampir empat tahun dia dan suami, Mohd Soffian Mohd Rosni, 41, serta lima anak berusia antara dua hingga 14 tahun hidup tanpa bekalan elektrik.


Setiap malam, suaminya yang melakukan kerja kampung dan pendapatan tidak menentu akan menyalakan lampu LED menggunakan bateri kereta yang hanya sekadar menerangi ruang tamu.


"Lampu LED ini pun dipasang hanya sekejap sahaja dan mampu bertahan hanya beberapa jam. Kami tujuh beranak tidur bergelap setiap malam.


"Apabila anak perlu menyiapkan kerja sekolah, mereka akan melakukannya pada siang hari.


"Jadi kami sangat berharap sekiranya ada pihak yang sudi membantu untuk membeli sebuah generator supaya dapat kami memasang lampu pada waktu malam," katanya ketika ditemui BH Online di rumahnya.


Sama seperti ibu bapa lain, mereka juga ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun tidak mampu menyewa rumah yang lebih baik.


"Untuk memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kami risau tidak mampu membayar komitmen bulanan," katanya.


Terdahulu wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Myfundaction mengunjungi Rusmawaty bagi menyampaikan sumbangan makanan asas. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 12:02 PM | Show all posts
entah la…  kang komen kang kata taknak fikir kesusahan orang…
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. Wakil rakyat sebelum ni buat apa? Kadang-kadang orang kampung tu sendiri segan nak minta bantuan. Sanggup hidup susah. Sebagai rakyat Malaysia,kita berhak minta bantuan. Kalau tak mampu bayar sewa, minta bantuan dari kerajaan negeri, JKM dan pusat zakat. Sudah jadi tanggungjawab mereka untuk hulur bantuan dalam bentuk elaun atau sewa rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 12:56 PM | Show all posts
Muda lagi mereka ini. Berhijrah la jika itu sahaja yang boleh mengubah nasib anak beranak. Kenapa takut berhijrah? Takut berjauhan dengan anak isteri? Takut suami curang? Takut makan pakai segala takde orang siapkan?

I malas nak komen sangat, nanti kata dah senang lupakan orang susah.
Tapi ikut pengalaman I join CSR sebelum2 ini.... yang susah itu ada jenis2nya...
Memilih hidup susah sebab kemalasan yang tinggi dan tiada rasa malu.
Yang satu lagi, terpaksa hidup susah sebab kekangan tenaga dan fizikal.

Pilih je mana satu... ulat dalam batu pun boleh hidup kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:00 PM | Show all posts
Edited by Jimmorelli at 17-3-2023 11:45 AM

I would like to say If you can't afford the rent, ask for help from the state government, JKM and zakat center.  HEB Partner
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:06 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 16-3-2023 04:56 AM
Muda lagi mereka ini. Berhijrah la jika itu sahaja yang boleh mengubah nasib anak beranak. Kenapa ta ...

First of all kena check IC laki bini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-3-2023 04:06 PM
First of all kena check IC laki bini.

Tapi ramai je indon la terutamanya yg takde dokumen sah aman2 je kerja kumpul duit kat sini...Isunya nak dengan tak nak aje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060147 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list