Lebih murah berbanding Menu Rahmah yang dijual dengan harga RM5 sepinggan, seorang peniaga di Mentakab menawarkan menu Barat dan tempatan dengan harga RM2.50 setiap satu hidangan.
Sinar Harian melaporkan, pengusaha Restoran Nasi Lemak Ayam Dinosour, Najihah Najib, 23, mengambil inisiatif tersebut sejak September tahun lalu untuk membantu golongan B40 menikmati menu pilihan dengan harga murah. Restorannya menawarkan 24 makanan terdiri menu Barat dan tempatan seperti chicken chop, spaghetti carbonara dan bolognese, nasi putih ayam buttermilk, laksa, mi goreng basah,bebola daging dan sandwich. Pemegang Diploma Kulinari itu berkata, walaupun dijual pada harga terlalu murah, namun kualiti makanan disediakan cukup diitikberatkan. “Saya bukan jual ala kadar. Perapan kuah dan sos semua dibuat sendiri selain resipi ibu, Hazimah Harun, 56. Kuantiti yang disediakan setiap juadah boleh buat orang kenyang walaupun dalam mangkuk sedikit kecil berbanding kebiasaan. "Idea untuk menyediakan harga murah seperti ini mula timbul selepas tersentuh melihat keluarga berpendapatan rendah datang bersama anak-anak untuk menikmati makanan Barat yang selama ini mereka idamkan. "Saya faham, bukan semua orang mampu. Jadi, bila datang ke premis saya, mereka dapat menikmati menu yang diinginkan seperti chicken chop dengan harga murah. "Ada pelanggan seolah-olah tidak percaya dengan harga yang kita tawarkan dan terkejut apabila kuantiti yang disediakan tetap mengenyangkan mereka," tambahnya. Berdepan beban kos barangan yang semakin meningkat, Najihah bagaimanapun akan berusaha mengekalkan harga itu walaupun peniaga kecil sepertinya tertekan dengan kenaikan tersebut. Untung atau tidak, Najihah percaya dengan rezeki masing-masing. Selain menu RM2.50, restoran itu juga menawarkan juadah popular seperti nasi lemak ayam dengan harga lain dan ia juga antara menu terkenal dan laris di kalangan pelanggan. Restoran yang terletak di Taman Rimba di sini tersebut dibuka setiap hari kecuali Khamis bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Sementara itu bagi seorang penjawat awam, Suraya Abu Samah, 41, memuji usaha tersebut dan setakat ini dia berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti yang ditawarkan. "Sudah beberapa kali datang, anak pun suka dan ia banyak membantu orang ramai dalam keadaan sekarang," jelas Suraya. Bagi seorang pelajar, Muhammad Ashraf Kamarulzaman, 18, mengakui pada mulanya tidak percaya dengan harga tersebut. "Sekarang selepas diberitahu rakan-rakan, saya gembira kerana ada harga murah dan tidak membebankan pelajar seperti saya," jelas remaja tersebut. Sumber: Sinar Harian
|
pooh~key replied at 15-3-2023 09:20 PM
Muka macam tu kau kata umur dia 23 biar betul sissy? Ke typo 32 sebenarnya nyah dek??
Ok done face ...
MissYouSayang replied at 15-3-2023 09:24 PM
Akak x berair ke tgk cikki tu
Kitty_catz replied at 15-3-2023 06:33 PM
ye ye aje pehtu kang kata takde sambutan, tak pulang modal yada2
pooh~key replied at 15-3-2023 09:26 PM
Akak berair tengok muhammad ashraf tu sis. Nak aja akak suapkan fries kat lubang heols sis. Akak m ...
tobobon replied at 15-3-2023 11:27 PM
hahaha...anyway akak ni boleh caya lah kot..since dia dah buat before gomen lancarkan menu rahmah. ...
ADVERTISEMENT