CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejak Keluarga Kandung Sampai Tersangkut Cinta Dengan Bapa Sendiri Hingga Beranak Dan Berakhir Dengan Pembunuhan

15-3-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3434| Komen: 8

Kes sumbang mahram yang berlaku di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) boleh dikatakan antara yang paling luar biasa pernah dilaporkan.

Kes tersebut yang berlaku sekitar April 2018 mendapat liputan hangat daripada media apatah lagi ia turut melibatkan kes pembunuhan.


Menurut Truecasefiles, kronologi kisah ini bermula apabila lelaki bernama Steven Pladl menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet, Alyssa Garcia, pada 1995.

Pada 1998, Alyssa melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Denise.



Alyssa mendakwa Steven seorang lelaki yang panas baran di mana dia dan Denise sering menjadi mangsa untuk melepaskan geram.

Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, Denise diserahkan kepada sebuah keluarga angkat iaitu Anthony dan Kelly Fusco di Dutches, New York. Nama Denise ditukarkan kepada Katie Fusco ketika di bawah jagaan pasangan tersebut.


Pada 2016 ketika Katie (Denise) berusia 18 tahun, dia mula menjejaki keluarga kandungnya menerusi internet dan berjaya menemui Steven dan Alyssa.

Ketika Katie mencecah usia 18 tahun (2016), dia mula ingin tahu mengenai keluarga kandungnya. Dia akhirnya berjaya menjejaki Alyssa dan Steven menerusi media sosial.

Katie kemudian tinggal bersama ibu dan bapa kandungnya bersama dua lagi adik perempuannya di Virginia.

Di sinilah segala-galanya bermula di mana Katie dan bapanya mula tidur bersama sehingga akhirnya gadis tersebut hamil.

Ibu Katie membuat laporan polis mengenai perkara tersebut namun tiada sebarang penangkapan dibuat.

Katie dan Steven kemudian berpindah sebelum mereka berkahwin pada Julai 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Bennet hasil hubungan dengan bapanya.

Mereka kemudian ditangkap kerana sumbang mahram pada Januari 2018 namun kemudian dibebaskan. Pasangan ini bagaimanapun membawa haluan masing-masing dan Bennet dijaga oleh ibu Steven.

Pada April 2018, Steven membunuh Bennet yang berusia 7 bulan dan meninggalkan mayatnya di dalam almari baju.

Dari North Carolina, dia menuju ke New York untuk bertemu dengan Katie sebelum melihat wanita tersebut keluar bersama bapa angkatnya.

Steven mengekori kenderaan yang dinaiki Katie dan bapa angkatnya sebelum bertindak menembak kedua-duanya sehingga mati di sebatang jalan.

Lelaki itu kemudian menembak mati dirinya sendiri.

Kisah tragis tersebut masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini meskipun sudah berlalu hampir lima tahun. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-3-2023 04:27 PM
Isu semasa ka ni? Berita ni dah lapuk, hanat.
Quote slyfynx 15-3-2023 04:31 PM
Kes tersebut yang berlaku sekitar April 2018 mendapat liputan hangat daripada media apatah lagi ia turut melibatkan kes pembunuhan.


Wartawan CARI...
Ko paham x ISU SEMASA tu hape?
2018 bukan semasa dah wehhhhhh
Quote sharlenetexas 15-3-2023 04:40 PM
Dari sumbang mahram jadi kes2 pembunuhan.

Quote vanillaninja 15-3-2023 04:42 PM
Curi thread dekat Twitter ke ni?
Quote 3chanceno 15-3-2023 04:52 PM
Janji reporter Cari bukak thread untuk capai kpi tak kira lah cerita dah lapuk atau dah ada orang upload dulu atau parking di salah bod, janji bukak thread
Quote B40tastePosh 15-3-2023 04:55 PM
Patut nya stay dgn keluarga angkat je...jangan gatal bu*it cari keluarga kandung tu
Quote matchstick 15-3-2023 05:03 PM
Ceduk kt TikTok la ni..
Quote nakkomenjugak 15-3-2023 06:07 PM
attaction?
sweet home Alabama
dan rip to the deceased.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.030873 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top