CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi Rayu UMNO Diberi Mandat 5 Tahun, "Masalah Air Di Kelantan Akan Selesai!"

15-3-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2281| Komen: 2

KOTA BHARU: UMNO merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

"Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu UMNO untuk sekali ini.

"Cuba beri peluang untuk UMNO hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula.

"Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini," katanya.


Foto: Berita Harian

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO sesi 2023/2026, hari ini.


Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak tertentu tidak boleh menyalahkan Allah dalam isu air keruh, sebaliknya sebagai pemimpin perlu berusaha memberi air bersih kepada rakyat.

"Jadi berilah peluang kepada UMNO dan BN untuk kali ini. Dasar yang baik dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita akan teruskan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-3-2023 04:03 PM
Tolong pecahkan Kerusi Gua Musang untuk orang asli.
Quote venom1 15-3-2023 04:19 PM
No direct nego

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056674 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top