CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samseng Dihukum Penjara 1310 Tahun, Tak Habis Hukuman Mungkin Dah Mati Dulu

15-3-2023 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3045| Komen: 6

San Salvador: Seorang lelaki dari kumpulan samseng di El Salvador dijatuhi hukuman 1,310 tahun penjara kerana terbabit dalam puluhan pembunuhan dan beberapa jenayah lain.

Wilmer Segovia disabitkan dengan 33 pembunuhan, sembilan komplot melakukan pembunuhan dan beberapa jenayah lain.


Dia juga dituduh menjadi anggota sel Shulton dari kumpulan Mara Salvatrucha (MS-13) yang beroperasi di El Salvador.


Foto: Agensi

Sementara itu, peguam negara Salvador, Rodolfo Delgado berkata, rakan sel lelaki itu Miguel Ángel Portillo dipenjarakan selama 945 tahun.

Portillo disabitkan dengan 22 pembunuhan, empat rancangan melakukan pembunuhan, percubaan pembunuhan dan memeras ugut.

Delgado berkata, ahli kumpulan itu yang menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk Salvador, tidak akan dibebaskan.

"Mereka akan terus dikurung sehingga 'membayar' setiap jenayah dilakukan. Kami akan uruskan itu," katanya.


Geng MS-13 begitu digeruni pada 2015 sehingga dibiarkan menjalani hukuman penjara dengan pengawal hanya meronda di luar.

Tatu ahli kumpulan itu menceritakan kisah jenayah yang mereka lakukan dan orang tersayang yang hilang semasa mereka dalam kumpulan itu.

Difahamkan, kira-kira 2,500 ahli dikurung di El Salvador.

Beberapa minggu sebelum itu, pengumuman ribuan ahli kumpulan akan dipindahkan ke 'penjara mega' baharu di El Salvador, dibuat.

Kira-kira 2,000 ahli kumpulan dipindahkan ke kemudahan 40,000 kapasiti, yang kini dianggap terbesar di Amerika.

Video yang disiarkan Presiden Nayib Bukele menunjukkan banduan yang berseluar pendek putih kepalanya dicukur, dan dilihat berlari melalui penjara baharu ke dalam sel penjara.

Pada Mac tahun lalu, Kerajaan Salvador mengisytiharkan darurat untuk memerangi operasi kumpulan samseng di negara Amerika Tengah itu.

Ini menyebabkan hukuman lebih berat dijatuhkan kepada ahli kumpulan yang disabitkan kesalahan dan mendapat kritikan daripada organisasi hak asasi manusia.

Sejak keadaan darurat diperkenalkan, pihak berkuasa dilaporkan menahan lebih 64,000 orang yang disyaki menjadi ahli kumpulan samseng. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 15-3-2023 03:04 PM
baik dia sebut penjara sampai mati je,tp rasanya lagi seksa hukuman penjara dari hukuman mati terus
Quote venom1 15-3-2023 03:40 PM
boleh la ditidurkan beransur2 dalam penjara tu
Quote rogayahtop 15-3-2023 06:37 PM
kalau datang malaysia pun org ingat org sini bawak jelah myvi putih plat J boleh jugak jd gangster kg dusun mcm kat btho. [em:4:]
Quote matamata 15-3-2023 08:31 PM
El selvador sekarang ni tgh operasi tangkap geng2 kartel dan samswng ni semua... Ramai... Berubah drastik status keselamatan El Selvador
Quote intan244 18-3-2023 06:34 PM
bagus la camni. kalau msia byk dgr hukuman berjalan seiring. mcm xadil utk org yg buat satu salah dan yg buat byk salah.
Quote hokeypokey 18-3-2023 08:13 PM
dh mati nanti pun mayat kt dlm penjara sampai abes 1310 tahun

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.591445 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top