CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersalah Pilih Jurusolek, Pengantin Masuk Hospital Sebab Muka Lebam Dan Membengkak

15-3-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2832| Komen: 3

Gara-gara tersalah memilih jurusolek, seorang pengantin perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana wajahnya membengkak secara tiba-tiba.

Dilaporkan, majlis perkahwinan pengantin dari India itu sepatutnya berlangsung pada 27 Februari lalu.


Namun disebabkan keadaan yang tidak dijangka itu, majlisnya terpaksa dibatalkan atas permintaan pengantin lelaki.

Foto: Tribunnews

Memetik laporan media tempatan, pengantin perempuan itu mengupah seorang jurusolek dari Ganga Herbal Beauty Parlor and Spa di Arasikere.

Jurusolek tersebut dikatakan memperkenalkan teknik solek terkini iaitu 'solekan stim' (steam makeup) kepada pengantin perempuan.

Dakwanya, teknik solekan tersebut lebih berkesan.

Tanpa berfikir panjang, pengantin perempuan bersetuju dengan cadangan jurusolek berkenaan kerana mahu tampil jelita pada hari bahagianya.

Namun tanpa disangka, selepas disolek, wajah pengantin mulai berubah menjadi lebam dan membengkak.

Malah pengantin lelaki dan keluarganya turut terkejut dan panik melihat situasi tersebut, lantas meminta majlis perkahwinan pada hari tersebut dibatalkan.

Dilaporkan, pasangan berkenaan menangguhkan majlis ke tarikh yang lain selepas wajah pengantin perempuan pulih. - CARI

Sumber: mStar/Tribunnews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 15-3-2023 02:25 PM
niaya betul la.. nasib lelaki tu tk batal kawin jeeee
Quote swimswim 15-3-2023 02:29 PM
Xpernah pulak dgr trend steam makeup
Quote vanillaninja 15-3-2023 02:46 PM
Ingatkan mua tu pakaikan sheols makeup murah, terus bengkak.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044968 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top