CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Umur 12 Tahun Dan 14 Tahun Tikam Budak Sampai Mati, Mayat Dicampak Dalam Hutan

15-3-2023 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2804| Komen: 9

Berlin: Dua pelajar perempuan di Jerman mengaku menikam kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hingga mati.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Luise, hilang pada petang Sabtu selepas meninggalkan rumah rakan berhampiran bandar Freudenberg, di negeri barat utara Rhine-Westphalia.


Mayat Luise ditemukan keesokannya di kawasan hutan berdekatan rumahnya.

Foto: Harian Metro

Pendakwa raya Koblenz, Mario Mannweiler berkata, tiada tanda jenayah seksual pada jasad mangsa.

"Kanak-kanak itu meninggal dunia kerana banyak luka akibat tikaman pisau dan kehilangan banyak darah," katanya pada sidang akhbar.

Katanya, suspek dan Luise mengenali satu sama lain, namun beliau enggan memberikan butiran lanjut kerana usia suspek yang terlalu muda.

"Penyiasat masih belum menemui pisau yang digunakan dalam serangan itu.

"Ini satu tindakan sangat luar biasa dan mengejutkan," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pembunuhan Polis Koblenz, Florian Locker berkata, dua pelajar berusia 12 dan 13 tahun mengaku bertanggungjawab atas jenayah itu.

"Kedua-dua kanak-kanak itu membuat kenyataan tentang perkara itu dan akhirnya mengakui jenayah berkenaan," katanya.

Di Jerman, umur individu yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah dilakukannya bermula pada 14 tahun.

Luise sepatutnya pulang dari tempat rakannya tetapi ibu bapanya membuat laporan pada petang Sabtu, selepas dia tidak pulang.

Kehilangannya mencetuskan operasi mencari besar-besaran termasuk puluhan polis, sebuah helikopter, dron dan anjing pengesan.

Pemimpin wilayah, Hendrik Wuest, berkata pembunuhan itu mengejutkan ramai kerana suspek adalah kanak-kanak.

Semalam, penduduk tempatan meletakkan bunga dan lilin berhampiran kawasan hutan tempat mayat Luise ditemukan, manakala polis masih meninjau tempat kejadian untuk mendapatkan bukti.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-3-2023 12:43 PM
ape yg korg bergaduh sampai bertikam ni??
Quote kucingitam 15-3-2023 12:46 PM
huhu ni mcm kes dlm siri svu je ni..
Quote vanillaninja 15-3-2023 01:40 PM
Teringat pulak I kes James Bulger. I terus kemurungan lepas baca kes tu
Quote cmf_PariS 15-3-2023 02:47 PM
saja2 nk cuba bunuh org gileee
Quote gurlfriday 15-3-2023 03:29 PM
vanillaninja replied at 15-3-2023 01:40 PM
Teringat pulak I kes James Bulger. I terus kemurungan lepas baca kes tu

Meols trus google..mmg kemurungan ya
Quote zuliana29 15-3-2023 03:32 PM
kucingitam replied at 15-3-2023 12:46 PM
huhu ni mcm kes dlm siri svu je ni..

kan.. x keluar lagi season baru..
Quote vanillaninja 15-3-2023 03:45 PM
gurlfriday replied at 15-3-2023 07:29 AM
Meols trus google..mmg kemurungan ya

Ampun uols. Uols tengok tak pic baby James keluar mall berpimpin tangan dengan budak2 jahat tu?



Quote gurlfriday 15-3-2023 04:30 PM
vanillaninja replied at 15-3-2023 03:45 PM
Ampun uols. Uols tengok tak pic baby James keluar mall berpimpin tangan dengan budak2 jahat tu? :' ...

Ada....scary tul, pdhal mak dia trlps skjp je tgn ank dia sbb nk byr kn...bdk 2 br 2 thn kot...gler laaaa
Quote sharlenetexas 15-3-2023 04:42 PM
Kenapa kau dik? Otak mengalami ketidakseimbangan kimia ke?


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047236 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top