CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dewan Rakyat: Potong Gaji Anak-Anak Yang Abaikan Ibu Bapa

15-3-2023 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3572| Komen: 42

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik cadangan memperkenalkan undang-undang bagi mewajibkan potongan gaji terhadap anak-anak yang berkemampuan, namun tidak melaksanakan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, potongan gaji itu bagi anak-anak menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas yang terdapat dalam negara.


Gambar Hiasan

“KPWKM menyambut baik cadangan memperkenalkan undang-undang mewajibkan potongan gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas sekiranya anak-anak berkemampuan, tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab.

“Namun bagi yang tidak berkemampuan, KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara menyeluruh bagi memelihara kebajikan warga emas. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewujudkan perkhidmatan Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan khusus bagi warga emas yang memerlukan.


“RSK ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif. Rumah ehsan pula untuk memberi jagaan rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tiada waris. Inisiatif ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada penghuni,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada KPWKM berhasrat memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan potongan gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 15-3-2023 12:38 PM
Bapak yg culas bayar nafkah anak bini mcm mana pulak?
Aman2 carik bini baru..
Quote pokokmeranti 15-3-2023 12:40 PM
potong gaji YB yg culas dengan pengundinya. asik hilang je dari pusat khidmat setempat.
Quote matryoshka 15-3-2023 12:40 PM
lattehazelnut replied at 15-3-2023 12:38 PM
Bapak yg culas bayar nafkah anak bini mcm mana pulak?
Aman2 carik bini baru..

Haa kan. Make sure enforce yg ni dulu.
Quote hokeypokey 15-3-2023 12:41 PM
masukkan bapak2 tak bayar nafkah dlm penjara dulu!!!! buat mcm US!!!
Quote tom2 15-3-2023 01:39 PM
Sebenarnya patut utamakan potong gaji bapa yang culas bayar nafkah anak2. Tak kesah kawen lain atau bertambah. Terus kena letak minimum amount kena tolak siap2 untuk anak.
Quote chandrahusin 15-3-2023 01:50 PM
Ye ptt cari bapak2 tak bg nafkah anak dulu
Quote zarulnazmi 15-3-2023 01:51 PM
tom2: Sebenarnya patut utamakan potong gaji bapa yang culas bayar nafkah anak2. Tak kesah kawen lain atau bertambah. Terus kena letak minimum amount kena to ...


Setuju.
Quote Orix 15-3-2023 01:54 PM
tom2 replied at 15-3-2023 01:39 PM
Sebenarnya patut utamakan potong gaji bapa yang culas bayar nafkah anak2. Tak kesah kawen lain atau  ...

lobainita punya otak manalahhh pernah ke depan....
Quote asfaz 15-3-2023 02:12 PM
lattehazelnut replied at 15-3-2023 12:38 PM
Bapak yg culas bayar nafkah anak bini mcm mana pulak?
Aman2 carik bini baru..

Septutnya yg ni la wajib dipotong gaji.  
Quote ninja boy 15-3-2023 02:16 PM
Kira bini, anak, atuk nenek, berebut wang gaji suami gitu,
Quote gloria08 15-3-2023 02:31 PM
Ig downloader is an easy and valuable tool for saving images from Instagram posts and its lets you download a single photo and multiple photos from a user's account.im thankful to whoever made this. IG downloader can download videos from Instagram stories and it lets you to download long video types in the IGTV ,so You can download this type of video to return to watching later in offline mode even after that particular video is deleted from IGTV, it is a safe and secure tool.to get more information instagram picture downloader

Quote rikiruj 15-3-2023 02:40 PM
Macamni punya pemikiran nak solve problem.. depa ni yg jadi MP gubal undang2.. yang sepatutnya bekas suami culas bagi nafkah anak tu kena attack dulu.  Aku ni pun dah at the stage anak2 dah nak masuk stage boleh hidup sendiri and at the same time masih ada parent yg kena tanggung, actually depa boleh je on their own financially tapi dah jadi tanggungjawab anak kena lah hulur jugak.  Pada aku parents toksahlah harap anak nak tanggung, kita sendiri pun kena buat preparation untuk diri kita upon retirement. Dengan anak pun toksah lah bagi semua.. depa ada tanggungjawab sendiri nak hidup sendiri.  Kalau ada excess boleh lah bantu mana yg boleh.. down payment kete ke rumah ke kalau mampu tapi jangan lah sampai duit retirement kita pun habis pergi kat depa buat wedding of the year depa pastu harap depa tanggung kita kemudian hari..
Quote white_musk 15-3-2023 02:44 PM
Adik2 kan generasi sandwich...

mari sini akak ceritakan rahsia...

ada sesetengah ibubapa itu bukan tiada duit langsung untuk teruskan kehidupan mereka
.. akan tetapi
ada anak2 mereka yang susah atau anak kesayangan selalu meminta duit..
jadi, adik2 perlu memberi duit kepada ibu bapa adik2 supaya ibubapa itu boleh berikan duit kepada anak kesayangan mereka supaya anak kesayangan mereka akan balik kampung beraya sebab ibu bapa memberikan duit kepada mereka...

kalau tak faham pun tak apa kerana akak pun pening untuk menulisnya
Quote Skuau 15-3-2023 03:21 PM
definisi...'ABAIKAN IBU BAPA'...drp perspektif KPWKM???????
Quote belilies 15-3-2023 03:25 PM
Jangan takat gaji je, cukai pun utk yg tak tanggung tp buat2 tanggung
Quote Suria330 15-3-2023 03:47 PM
Edited by Suria330 at 15-3-2023 03:52 PM

potong gaji anak2 = KWAP = KWSP
finally, menjadikan anak2 sebagai skim pencen being materialized
Quote lattehazelnut 15-3-2023 03:56 PM
Suria330 replied at 15-3-2023 03:47 PM
potong gaji anak2 = KWAP = KWSP
finally, menjadikan anak2 sebagai skim pencen being materialized

Whoahh patut lah..
Quote mawardia 15-3-2023 04:19 PM
Mcmana kerajaan nak define "pengabaian ibu bapa" dan anak-anak yg "bertanggungjawab" tu. I ols ok je kerajaan nak buat mcm ni. Bagus je at least warga emas terbela.
Quote LoveSungmin 15-3-2023 04:26 PM
jadah nak potong gaji i untuk bapak yang bertahun tak bagi nafkah?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.164099 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top