CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yasin Fail Representasi Keempat, Pasukan Pembelaan Tiada Niat Melengahkan Prosiding

15-3-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1844| Komen: 0

Yasin Sulaiman bakal memfailkan representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapinya.

Menurut peguam bela, Ariff Azami Hussein, pasukan pembelaan tiada niat melengahkan prosiding dengan menfailkan representasi penyanyi nasyid dan komposer itu, namun ia adalah di atas arahan anak guamnya selepas representasi ketiga atas tujuan sama ditolak dua hari lalu.


Malah, Ariff Azami yakin pertuduhan terhadap Muhammad Yasin boleh diusahakan tanpa melalui perbicaraan.


IG

Jelasnya lagi, tiada bantahan supaya perbicaraan untuk Rabu dan Khamis dilapangkan sementara representasi keempat dimasuk serta dipertimbangkan.

Beliau berkata demikian ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Nik Nasimah Nik Mohammad, pada Rabu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, mengesahkan tidak membantah permohonan berkenaan dan Hakim kemudian menetapkan 31 Mei, 1 dan 2 Jun ini untuk perbicaraan kes.


Muhammad Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis, di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100921 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top