CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Bergurau, Lepas Menyelam Terus Tak Muncul-Muncul -Suami Meninggal Pada Hari Lahir

15-3-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3374| Komen: 3

Alor Gajah: "Hari ini hari jadi dia, betul-betul satu kejutan bagi saya kehilangan suami," kata Selipang Sajan, 30, mengenai suaminya, Jerry Juli, 33, yang lemas di bekas lombong di Jalan Solok Menggong, Machap Umboo.


Mangsa yang juga pekerja kontrak ditemukan di dasar lombong berkeluasan 0.4 hektar itu oleh pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah pada jam 9.17 pagi selepas dilaporkan hilang jam 5 petang.

Menurut Selipang, dia bersama dua anak berusia sembilan dan 10 tahun serta dua adik iparnya mengikut mendiang suami ke lombong itu yang menjadi lokasi biasa mereka menangkap ikan air tawar terutama spesies tilapia dan flower horn.

Foto: JBPM Alor Gajah

"Petang semalam selepas siap memasang jaring, saya nampak dia (suami) seperti hendak naik ke darat sebelum melompat dan menyelam.

"Saya ingat suami bergurau kerana dia sememangnya mampu menyelam agak lama di dalam air.


"Namun, selepas beberapa minit dia tidak muncul menyebabkan kami pelik dan berusaha mencarinya dan menghubungi talian kecemasan untuk bantuan," katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah, hari ini.

Menurutnya, dia sukar menerima hakikat kehilangan suami apatah lagi keluarga mereka masih bersedih berikutan kakak iparnya baru kematian anak kira-kira dua minggu lalu.

"Memang ini kejutan besar bagi saya, semalam elok saja dia duduk dengan saya, malah dia sempat masak makanan dan layan saya dan anak-anak dengan baik sekali.

"Belum pun 40 hari anak kakak ipar meninggal dunia kini berganti pula dengan suami," katanya.

Selipang berkata, beberapa hari sebelum kejadian suaminya kelihatan muram kerana kampungnya di Mersing, Johor dilanda banjir.

"Dia jadi kurang bercakap dan tertekan mengenangkan keluarganya di sana dan mahu balik menjenguk mereka, namun saya meminta dia bersabar.

"Semalam pula saya pelik apabila dia bangun seawal 6.30 pagi, tetapi duduk di rumah saja dan tidak keluar bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu yang mengesahkan kejadian berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 15-3-2023 11:27 AM
Dah ajal...PAKAR menyelam pun boleh lemas
Quote akies 15-3-2023 01:02 PM
Menyelam di lombong?
No no no..sangatla bahaya sebab kita tak tau kedalaman lombong tu
Quote rogayahtop 15-3-2023 02:52 PM
Salam takziah.

Seram tgk bekas lombong ni..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031183 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top