CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Tenggalam Dalam Banjir Dua Kali, Motor Kereta Rosak, Tiba-Tiba Disahkan Kanser Payudara Tahap 3

15-3-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2854| Komen: 1

PUCHONG – Seorang wanita didiagnos menghidap kanser payudara tahap tiga pada Mac tahun lalu.

Sabariah Abbas, 46, berkata, dia menerima perkhabaran duka itu sebulan selepas rumahnya di Batu 13, di sini yang didiami bersama ibunya Sariah Abdullah, 78, dilanda banjir Februari tahun lalu mengakibatkan banyak peralatan rosak dan musnah.



Sabariah (kiri) yang menghidap kanser payudara tahap tiga bersama ibunya, Sariah. Foto: Kosmo

“Kediaman kami ditenggelami banjir dua kali, kereta dan motosikal rosak termasuk segala barangan dalam rumah. Saya dan ibu tinggal sehelai sepinggang dengan apa pun tidak dapat ­diselamatkan.

“Sebulan selepas banjir besar itu, saya menerima berita yang meruntun hati kami dua beranak apabila diri ini didiagnos dengan kanser payudara tahap tiga dan pakar perubatan mengesan sel kanser Tiroid.

“Kesihatan yang makin ­merundum membuatkan saya hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja,” katanya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta.


Cerita lanjut Sabariah memberitahu, akibat bah besar itu, dia terpaksa meminjam motosikal rakannya untuk berulang alik ke Hospital Institut Kanser Negara (IKN) sehinggalah mendapat sumbangan sebuah motosikal daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, saraf matanya kini rosak mengakibatkan penglihatannya kabur dan semua itu kesan rawatan kemoterapi.

Oleh itu dia kini sedang mendapatkan rawatan daripada pakar mata.

“Kini, saya dan ibu hanya bergantung kepada masyarakat sekeliling dan sedang memohon bantuan zakat.

“Bukan tidak mahu cari kerja, tetapi saya cepat penat dan tidak kuat seperti dulu. Pernah cuba cari kerja tetapi tidak dapat, orang dengar pesakit kanser terus tolak.

“Saya perlukan RM700 setiap bulan, kos ulang alik ke hospital. Bagi menampung kehidupan seharian saya dan ibu, kami perlukan hampir RM600 sebulan.

“Saya berharap penyakit saya cepat pulih dan hilang sepenuhnya. Sebab saya tidak tahan dengan rawatan dan kos per­belanjaan lagi. Simpanan saya pun hampir habis,” luahnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank bernombor 4745391410 atau meng­hubungi Sabariah di talian ­018-386 0918. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 15-3-2023 02:31 PM
Edited by Dzahin_poch at 15-3-2023 02:33 PM

Eh jiran ku ini, mak dia kawan
Baik mak i jugak, Semoga sabariah sihat2 selalu, mak i pon baru settle chemo n radiotherapy . due to breast cancer jugak.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.033020 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top