CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Emas Tembak Diri Sendiri Selepas Berbulan-Bulan Tinggal Bersama Mayat Reput

15-3-2023 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2845| Komen: 1

HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki berusia 60 tahun bertindak menembak dirinya sendiri selepas tinggal bersama mayat yang telah reput selama berbulan-bulan.

Daily Mirror melaporkan, dalam kejadian di negeri Texas, Amerika Syarikat itu, pasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas beberapa jiran mengadu menghidu bau busuk dari dalam rumah lelaki berkenaan selain melihat kediaman itu dipenuhi lalat.


Ketika polis mahu memasuki rumah tersebut, mereka terdengar bunyi tembakan. Sejurus memasuki kediaman itu, polis melihat seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah akibat terkena tembakan.

Foto: Abc13

Dalam masa sama, satu mayat lelaki lain ditemui dalam sebuah bilik berasingan dengan keadaan telah reput, dipercayai ditinggalkan selama berbulan-bulan.

Hubungan antara kedua-dua lelaki itu masih belum jelas namun, mereka dipercayai tinggal serumah.


Jiran-jiran turut menyifatkan kedua-dua lelaki berkenaan sebagai perahsia dan tidak bergaul dengan orang lain.

“Semalam (kelmarin), ketika saya sedang memotong rumput dan pergi ke bahagian belakang rumah, saya melihat banyak lalat yang bersaiz besar di rumah mereka.

“Kami amat terkejut. Ia amat menakutkan. Mayat lelaki tersebut hanya 6 meter dari rumah kami,” kata jiran sebelah rumah, Alton Bell.

Polis sedang menyiasat punca kematian kedua-dua lelaki tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-3-2023 12:17 PM
friend or brother or lover???

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.034598 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top