CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motor Disondol Kereta- Tulang Punggung Patah, Paha Koyak Tapi Tak Boleh Tuntut Insurans

15-3-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3857| Komen: 8

Insiden yang berlaku kepada Adrina Balqish, 17, bersama seorang rakannya pada 1 November tahun lalu menyebabkan tulang punggungnya di sebelah kiri patah.

Adrina Balqish menceritakan semula dengan lebih terperinci pengalamannya ketika terbabit dalam kemalangan tersebut.



Foto: mStar

"Malam kejadian tu saya keluar pergi makan dengan kawan. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah hujan.

"Saya dan kawan pun berhenti dekat stesen minyak Caltex, Pachor, Kelantan. Kami berteduh dekat situ tunggu sampai hujan reda sikit. Kemudian kami pun gerak balik bila tengok jam dah lewat malam," katanya kepada mStar.

Namun gadis ini tidak bernasib baik apabila motosikal jenis Honda Wave dinaikinya dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Axia ketika dia mahu memasuki simpang jalan.

Perlanggaran yang berlaku menyebabkan Aqish dan rakannya terjatuh dari motosikal dan tidak sedarkan diri.



Foto: mStar

"Masa nak belok kereta tu langgar belakang motosikal. Lepas jatuh kami jadi blur dan tak sedarkan diri lebih kurang dua-tiga minit.

"Waktu sedar tu dah ada atas jalan. Macam mimpi. Saya ada cuba panggil orang dekat sekitar kawasan tu untuk tolong. Saya juga cuba bangun untuk duduk tapi memang terasa sakit sangat dekat bahagian punggung.

"Bila tengok lutut, terkejut sangat sebab terkoyak. Bahagian paha pun terkoyak sampai nak lipat (bengkok) pun sakit. Tapi baju yang saya pakai tu tak ada langsung kesan terkoyak atau bercalar," kata Aqish lagi.

Jelasnya yang berasal dari Kelantan, motosikalnya remuk teruk di semua bahagian kecuali di bahagian belakang.

Pada masa itu, dia sempat menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan apa yang berlaku dan meminta bantuan.

"Saya kemalangan dalam pukul 11.30 malam tapi ambulans datang sekitar 12.30 pagi. Apabila dah sampai dekat hospital, kami kena tunggu giliran lebih kurang empat jam untuk cuci luka.

"Masa dah buat imbasan X-ray baru tahu bahagian dalam tulang punggung patah sikit dan kaki belah kiri tepi lutut retak. Kawan saya pula cedera hingga patah kaki sebelah kanan.


Foto: mStar

"Dalam pukul 6 pagi tu dah dapat masuk wad saya terus tidur sebab dah penat sangat. Pembedahan dibuat pada malam tu. Sebelum jahit bahagian kaki yang terkoyak, doktor buang kaca dan pasir dalam luka tu," katanya lagi.

Selepas dua hari berada di hospital, Aqish dibenarkan keluar.

Menurutnya lagi, pengalaman pahitnya ini membuatkan dirinya trauma sehingga takut untuk menunggang motosikal lagi.

Bagaimanapun, luah Aqish, dia berasa terkilan dengan sikap pelaku yang didakwa seolah-olah lepas tangan dan enggan bertanggungjawab.

"Bila dah keluar hospital barulah saya tahu telefon saya dah hancur dan rosak terus.


Foto: mStar


"Lagi sedih bila tak boleh nak buat tuntutan dekat orang yang langgar saya sebab kereta dia bawa tu tak ada insurans. Sehari selepas kejadian, dia bagi alasan tak dapat datang tengok sebab anak sakit.

"Selepas kejadian ni, saya jadi semakin berhati-hati. Saya kongsikan video tu juga sebagai peringatan dan diharapkan orang ramai ambil iktibar dengan insiden terjadi dekat saya," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 15-3-2023 02:54 PM
Tak boleh saman sivil ke lawyer2 semua? mmg sakit hati bila dgr mcm ni.
Quote she 15-3-2023 02:57 PM
Selalu dengar motor yang kaut insurans kereta
Sampai helmet pun claim
Tapi kalini tak dapek pulop
Kena tunggu pakar bab insurans atau law bagi sepatah dua ayat
Quote apech 15-3-2023 03:00 PM
pertamanya, yg bawak motor tu ada lesen tak?
Quote copy_paste 15-3-2023 03:08 PM
she replied at 15-3-2023 02:57 PM
Selalu dengar motor yang kaut insurans kereta
Sampai helmet pun claim
Tapi kalini tak dapek pulop

insurans xde cmne nk claim, pemandu kereta tu cuma kena saman sbb bawa kereta xde roadtax insuran dan langgar je la,
Quote copy_paste 15-3-2023 03:08 PM
rogayahtop replied at 15-3-2023 02:54 PM
Tak boleh saman sivil ke lawyer2 semua? mmg sakit hati bila dgr mcm ni.

boleh je,tapi makan modal la,entah pemandu tu ade duit ke idak,roktek insuran pun dia x mampu beli
Quote dekmieDandy 15-3-2023 03:52 PM
ooo kes kereta takde isnurans ropenye
Quote rogayahtop 15-3-2023 05:57 PM
copy_paste replied at 15-3-2023 03:08 PM
boleh je,tapi makan modal la,entah pemandu tu ade duit ke idak,roktek insuran pun dia x mampu beli ...

Akak rasa kalau dah mangsa keluar masuk hospital elok la saman,  kalau yg disaman keter kena sita boleh jugak lelong keter tu dpt jugak 5/10k. Org yg tak kesah takda roadtax/insurance, lesen pun kdg2 lesen terbang ni mmg patut kena hajo. Sama la yg DUI tu pun, elok kena saman juta2 je.
Quote blue_blur 15-3-2023 06:33 PM
memang susah nak fight.... kalau menang pun, berapa sangat la dapat lepas tolak kos...
yang sedap kalau dia fight insurans kereta tu, tu pun kalau cukup syarat untuk lawan.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.037244 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top