CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Nak Bangunkan Semula Industri Tebu

15-3-2023 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5802| Komen: 38

Selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012, Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil.

Justeru, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan negara ini akan membangunkan semula industri tebu untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara.



BERNAMA

Katanya, kerajaan dalam perancangan mengenalpasti tanah-tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di Utara Perak bagi tujuan berkenaan.

"Kita mengimport 100 peratus gula mentah dan sudah tentu bila ada kenaikan harga ataupun isu (pergerakan) mata wang, minyak, maka kos perkapalan akan mahal.

"Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia," beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat pada Selasa.


Pada masa sekarang, keperluan gula negara dipelopori MSM Malaysia Holdings Bhd.
Kapasiti pengeluaran tahunan MSM mencecah 2.05 juta tan gula bertapis pada masa ini dengan 60 peratus bagi memenuhi pasaran domestik.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 15-3-2023 09:55 AM
Iols try la gi ladang kenaf viral kt chuping tu.
Xkne time dapat gambar ladang semak je..

Ladang tebu kt chuping tu dah jd kebun getah ks?
Quote pokokmeranti 15-3-2023 09:59 AM
byk komoditi x sustain sbb kilang  x boleh operate 7 hari seminggu.
Quote beautifulorchid 15-3-2023 11:19 AM
Setuju dia bukak balik ladang tebu..sebab utama nak kurangkan pergantungan pada gula import..  goverment manalah tutup industri gula dulu
Quote ifanonline 15-3-2023 11:23 AM
cadangan yg sangat baik
Quote kucingitam 15-3-2023 11:43 AM
ladang tebu, getah, koko.. industri ni sgt besar di malaysia satu ketika dulu..
Quote B40tastePosh 15-3-2023 11:47 AM
pearl.silver replied at 15-3-2023 09:55 AM
Iols try la gi ladang kenaf viral kt chuping tu.
Xkne time dapat gambar ladang semak je..


Diorang buat tanaman buah Tin dan sayur sayuran
Quote Samerosie 15-3-2023 11:57 AM
How ironic.  Mungkin sebab hobi dia pun suka tanam tebu di bibir mulut.
Quote HabukBesi 15-3-2023 12:18 PM
malaysia ni tanah subur, boleh je tanam mcm2 tanpa kita import dari luar, cth tanam sayur, klu yg keluar msia jual harga mampu milik, ni tak yg tanam kt msia sama je rege dgn tanam kt obersi,
Quote pearl.silver 15-3-2023 12:28 PM
B40tastePosh replied at 15-3-2023 11:47 AM
Diorang buat tanaman buah Tin dan sayur sayuran

Oh siyes ar buah tin n sayur

Chuping tu dah la panas berdengung..

Boleh idup eh
Quote B40tastePosh 15-3-2023 12:30 PM
pearl.silver replied at 15-3-2023 12:28 PM
Oh siyes ar buah tin n sayur

Chuping tu dah la panas berdengung..

Diorang buat dalam Greenhouse...tapi memang banyak guna air la...dan greenhouse asyik kena maintain je.
Quote namr 15-3-2023 12:43 PM
baguslah..buat dgn segeralah
Quote epal_putih 15-3-2023 12:51 PM
bulan puasa yg jual air tebu buleh wat duit weh
Quote tripleid 15-3-2023 12:54 PM
bagus2.harap gomen dapat hidupkan semula industri koko..biar msia jadi pengeluar coklat terkenal didunia mcm switzelend

cukup2lah tebang hutan tanam kepala sawit.enough with palm oil alredy!!
Quote pearl.silver 15-3-2023 01:04 PM
tripleid replied at 15-3-2023 12:54 PM
bagus2.harap gomen dapat hidupkan semula industri koko..biar msia jadi pengeluar coklat terkenal did ...

Klu ada petani muda nk wat tanaman koko nk jumpa sapa ek
Quote Skuau 15-3-2023 01:04 PM
MENANAM TEBU DI BIBIR jer...ke???????
Quote Orix 15-3-2023 01:10 PM
Samerosie replied at 15-3-2023 11:57 AM
How ironic.  Mungkin sebab hobi dia pun suka tanam tebu di bibir mulut.

hahaha ini win
Quote tripleid 15-3-2023 01:39 PM
pearl.silver replied at 15-3-2023 01:04 PM
Klu ada petani muda nk wat tanaman koko nk jumpa sapa ek

Kena tanya MARDI kot
Quote jfq 15-3-2023 01:46 PM
Patut kempen kurangkan pengunaan gula
Quote CiliPadiSedap 15-3-2023 02:29 PM
dia ni menteri apa sebenarnya? menteri pertanian ke?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.180080 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top