CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Dilarang Buat Pendakian Solo Di Nepal

15-3-2023 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4572| Komen: 9

Nepal melarang pendakian solo dan mana-mana pelancong yang ingin berbuat demikian perlu melantik jurupandu arah atau mendaki secara berkumpulan.

CNN melaporkan, arahan terbaharu itu dikeluarkan lima tahun selepas Nepal melarang aktiviti pendakian solo di Gunung Everest dan kini, peraturan tersebut diperluas kepada aktiviti pendakian di serata kawasan negara itu.



Seorang lelaki mendaki bukit di sebuah kawasan pedalaman di Lembah Nepal. – Foto: CNN/Carlo A/Moment RF/Getty Images

Walaupun aktiviti mendaki gunung menjadi salah satu penyumbang utama ekonomi Nepal,  kerajaan juga perlu menanggung kos besar  operasi mencari dan menyelamat pendaki solo yang sesat.

“Apabila anda mendaki secara solo dan mengalami kes kecemasan, tiada sesiapa dapat menolong anda. 

“Apabila pelancong hilang akibat sesat atau ditemui mati, kerajaan sukar  untuk mengesan lokasinya  kerana mangsa menggunakan trek pedalaman,” kata Pengarah Lembaga Pelancongan Nepal, Mani R. Lamichhane.


Sementara itu, pemilik sebuah firma jurupandu berlesen di Nepal, Ian Taylor berkata, langkah terbaharu itu tepat dilakukan kerana semakin ramai pengembara cuba mendaki puncak yang sukar di negara itu secara bersendirian.

“Sebelum ini, kita sering melihat hanya pendaki berpengalaman datang mendaki di Nepal. Walaupun kebanyakan mereka tidak menggunakan khidmat jurupandu, mereka mempunyai kelengkapan mencukupi dan mempunyai ilmu pendakian.

“Namun kini, semakin ramai orang datang ke rantau ini dan kebanyakan  mereka adalah pelancong dan bukan pendaki sebenar.

“Mereka tidak mempunyai ilmu pendakian mencukupi. Disebabkan itu, mereka memerlukan bantuan jurupandu arah yang berpengalaman,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-3-2023 09:42 AM
Edited by Dwdrum at 14-3-2023 05:43 PM

Dahulu aku mahu naik and jumpa on the way korean couple sedang turun... Muka mereka rentung merah sebab kata nya tidak bawa face sunscreen.... Tak kan lah tidak tahu walaupun chilly weather akan ter bakar teruk di high altitute
Quote gigahertz 15-3-2023 10:12 AM
kalau i jadi kerajaan nepal i akan mention " kalau u sesatu seorang diri . sendiri pergi mati la "
Quote talapia 15-3-2023 10:23 AM
Patut kerajaan Malaysia pon buat law mcm ni..
kau pegi hiking sorang2.. pastu sesat barat.. dah kena hantar 10 orang untuk cari kau sorang. Membazir.
Nak hiking.. daki ke.. at least berdua.. kalau takat Bukit Broga ke..
Tapi kalau nk naik gunung2 ke.. kena apply permit.. n pegi dlm group.. kurangla sikit risiko..
Quote shernazz 15-3-2023 10:23 AM
Nyusahkan orang le nnati...
Pelancong2 TU sure demi content kan naik sana...
Kena amek la jurupandu arah...senang apa apa hla ada.emergency..bukan mcm naik bukit biasa..

Depa Nepalese pung dapat juga pendapatan

Hohoo
Quote LostStar 15-3-2023 10:34 AM
talapia replied at 15-3-2023 10:23 AM
Patut kerajaan Malaysia pon buat law mcm ni..
kau pegi hiking sorang2.. pastu sesat barat.. dah ken ...

errr lama dah Malaysia buat permit.. waima Broga pon berpermit.. orang kita ja yang langgar..
Quote talapia 15-3-2023 10:39 AM
LostStar replied at 15-3-2023 10:34 AM
errr lama dah Malaysia buat permit.. waima Broga pon berpermit.. orang kita ja yang langgar..

oo Broga pon kena permit ke? Ingat tak payah.. Kalau yg lain2 tu memang tau la kena apply permit.. even masuk kawasan org asli pon sesetengah kena apply permit. Broga yg glamer tu pon kena eh? Bagus la camtu... tapi memang betul la.. ramai yg ingkar.. degil.. ujung2 nyusahkan orang
Quote HabukBesi 15-3-2023 12:23 PM
LostStar replied at 15-3-2023 10:34 AM
errr lama dah Malaysia buat permit.. waima Broga pon berpermit.. orang kita ja yang langgar..

kalau sensorang apply permit utk hiking waima bukit sekali pun lepas tak? biasa hiking kt bukit batu putih, PD tak perlu permit, kalau sensorang nk hiking memang lepas je cuma if waktu dah senja so trek akan jadi gelap dan sunyi, ramai penghuni selain kita kt hutan nun lebih elok atleast berteman waima bukit belakang rumah
Quote kitaserupaaa 15-3-2023 12:48 PM
Kat msia ade tempat hiking yg kene ada permit tapi tak perlu guide, ade yg kene ada permit & guna guide berlesen & ade tempat yg tak perlu permit & tak perlu guide. Cuma yg jadi isu sekarang proses nak apply permit tu leceh. Kadang2 tak jelas nak apply permit kat jabatan mana sebab ikut kawasan hutan. Bila diwajibkanpakai guide, rate guide pun boleh tahan mahal sekarang. Even naik gng nuang pun boleh cecah seratus ++ kalau bermalam.

Untuk tak ot, nepal ni mmg popular utk treking tanpa guide especially trek2 yg popular macam ABC sbb laluan nya sama je macam laluan dari satu kampung ke kampung. Tapi mmg risiko kalau trek tanpa guide bila cedera, AMS, sesat. Ade kes dulu tourist kene avalanche kot tgh treking tapi lambat dapat tahu sbb tourist tu trek solo.
Quote Dwdrum 15-3-2023 12:51 PM
kitaserupaaa replied at 14-3-2023 08:48 PM
Kat msia ade tempat hiking yg kene ada permit tapi tak perlu guide, ade yg kene ada permit & guna gu ...

Yang lost itu aku rasa ambil nepal weed LOL

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038130 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top