Wanita di Desa Saluksuk, Sumatera Utara, Indonesia maut dibakar anak tirinya ketika sedang tidur dalam pondok di dusun durian milik keluarganya. mStar melaporkan, Rosdiana Simatupang, 48, dipercayai dibunuh suspek kerana tidak memberikan wang sebagaimana yang diminta.
Menurut penduduk kampung, mangsa dan suaminya sering diugut suspek dengan pisau. Difahamkan, sebelum kejadian, mereka terdengar pertengkaran antara dua beranak berkenaan. Mangsa yang dirawat beberapa hari di hospital menghembuskan disahkan meninggal dunia pada 5 Mac lalu selepas hampir 95 peratus anggota tubuhnya melecur. - CARI
|
ADVERTISEMENT