Kuliah ilmu tidak memerlukan maki hamun. Itu pandangan Majlis Ulama UMNO. Sebaliknya, hujah yang bernas berasaskan al-Quran akan lebih sampai ke dalam hati pendengar, kata Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, kenyataan maki hamun dijadikan modal untuk menarik perhatian di kala ketiadaan isi ketika penyampaian. Mohd Khairuddin turut berkongsikan sebuah video berdurasi tiga minit enam saat di Facebooknya bertajuk 'Ustaz Mengherdik & Bertempik Semasa Ceramah'. Sebelum ini media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian.
Titah baginda, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarah memastikan masjid dan surau bebas dari unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam. Sumber: Sinar Harian
|
Thunderclouds replied at 15-3-2023 01:42 AM
Kalo x maki hamun, guna bhs kasar susah carik mkn pulekkkk...
Nnt klem ummah xminat mejelis² ugamaa ...
sufi^_^ replied at 15-3-2023 10:20 AM
Pas tu nak kena nyanyi2, macam sorang ustat tu, sikit2 nak nyanyi, kalau tak, orang tak minat nak ...
ADVERTISEMENT