CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diisytihar 'Sesat', Hormat Keputusan Mahkamah Tolak Rayuan Sisters In Islam Cabar Fatwa Selangor

14-3-2023 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8931| Komen: 0

Semua pihak diminta menghormati keputusan mahkamah menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Selangor yang mengisytiharkan organisasi itu sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, peruntukan undang-undang sedia ada jelas mengutamakan keharmonian dan kesucian semua agama termasuk Islam.



"Mana-mana pihak yang cuba menggugat atau mencabar agama Islam ini, saya melihat dari aspek positif supaya balik ke meja rundingan, bincang mengenai apa sebenarnya yang mereka perlukan.

"Saya percaya kebijaksanaan pihak pengamal undang-undang untuk membuat keputusan terbaik di mahkamah Persekutuan nanti.

"Sewajarnya keputusan mahkamah itu dihormati dan diterima oleh semua pihak dan hak mereka untuk merayu dan membawa ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas program Jualan Rahmah Back To School Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey dan Pengarah Urusan Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohammed.

Media hari ini melaporkan keputusan 2-1 mahkamah itu dibacakan pada prosiding yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Has Zanah Mehat dan dijalankan secara dalam talian.

Turut bersidang, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk M Gunalan.

Bagaimanapun, panel membenarkan permohonan peguam, Datuk Malik Imtiaz untuk menangguhkan sementara pelaksanaan fatwa berkenaan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Hakim Che Mohd. Ruzima menyatakan rayuan SIS Forum tidak mempunyai sebarang merit dan keputusan majoriti itu juga mendapati tiada sebarang kekhilafan dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membolehkan Mahkamah Rayuan campur tangan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034632 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top