CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Bahan Untuk Buat Kuih Raya Akan Dikawal Ketat

14-3-2023 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5517| Komen: 0

Harga bahan mentah untuk membuat kuih raya di Selangor akan dikawal ketat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemantauan bagi mengelak pihak tertentu mengaut keuntungan lebih dengan menaikkan harga bahan tersebut. 


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pemantauan termasuk pemeriksaan lanjut akan dijalankan penguat kuasa kementerian itu di semua premis perniagaan termasuk pasar raya dan kedai bahan bakeri.


MOHD. ZAWAWI Ahmad Mughni melihat jualan rahmah kelengkapan sekolah di di pasar raya besar Aeon BiG Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, petang tadi. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

“Tidak dinafikan ada pihak sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga bahan mentah menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti.


“Justeru, kita perlu bertindak lebih tegas untuk mengawalnya menerusi langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya selepas merasmikan program Jualan Rahmah Back To School Peringkat Negeri Selangor di pasar raya besar Aeon BiG Seksyen 23, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Zuhairi Mat Radey menyerahkan sumbangan peralatan sekolah kepada 100 pelajar kurang berkemampuan dan meninjau jualan khas di premis tersebut.

Sebelum ini, pembuat biskut raya menyatakan kebimbangan apabila harga bahan mentah untuk membuat hidangan itu naik mendadak sehingga 50 peratus sejak awal tahun ini. 

Keadaan itu membuatkan peniaga terpaksa memikirkan strategi baharu bagi menjamin keuntungan mereka termasuk menaikkan harga jualan sehingga RM5 mengikut jenis biskut raya menjelang sambutan Aidilfitri akan datang.

Kenaikan harga barangan itu dikatakan membabitkan semua jenis bahan atau produk pembuatan biskut raya seperti tepung gandum, tepung jagung, gula, kepingan coklat dan badam.

Jelas Mohd. Zawawi, pihak yang sengaja menaikkan harga berdepan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, bagaimanapun bahan keperluan asas di Selangor masih mencukupi sepanjang Ramadan nanti.

“Tidak semua orang boleh menentukan harga dengan sesuka hati hanya kerana mendapat permintaan di pasaran. Perbuatan itu jelas bertentangan dengan akta sedia ada dan orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenainya kepada KPDN.

“Kita setakat ini tidak mendapat aduan mengenai kekurangan bahan dan masih dalam keadaan terkawal,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.199830 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top