Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan pihaknya akan melaksanakan program kelas renang percuma untuk 1,600 kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun dari golongan B40 bulan ini.
Katanya, program itu akan dijalankan sepanjang tahun di beberapa negeri terpilih yang mencatat kadar kematian tertinggi akibat lemas. “Program kelas renang merupakan sebuah program bersifat pendidikan bagi memastikan kemahiran renang dapat diterapkan kepada rakyat malaysia khususnya kanak-kanak. “Kes lemas kanak-kanak datanya kira-kira 500 setahun. Saya telah meminta KBS memastikan kolam renang dimiliki kerajaan digunakan untuk membantu membantu kanak-kanak keluarga B40 menghadiri kelas renang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin (PN-Putrajaya), Hannah berkata, program tersebut menjadi keutamaan KBS memandangkan setiap kali musim cuti persekolahan ada kes lemas membabitkan kanak-kanak dilaporkan berlaku.
“Kalau kita baca surat khabar setiap kali cuti sekolah ada kanak-kanak lemas di hotel atau sungai. Kawasan saya di Segambut ada kanak-kanak masuk kolam Indah Water Konsortium (IWK) kerana tidak tahu itu adalah bahaya. “Saya sedang meneliti data ini untuk pastikan tempat kita pilih itu mempunyai data (kes lemas) yang tinggi. Bermaksud kanak-kanak di kawasan itu tiada tempat rekreasi untuk bermain,” katanya. Menjawab soalan tambahan Tuan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai yuran kolam swasta terlalu tinggi, beliau berkata, KBS akan cuba membina sebanyak mungkin kolam renang untuk kemudahan penduduk. “Bagaimanapun saya tidak mampu dalam tahun ini juga untuk buat semua perkara itu,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Adrif replied at 15-3-2023 08:37 AM
aku bengang betul kalau ada berita budak mati lemas, sebab kecuaian mak pak
kalau ikut kan hati aku ...
MisXoXo replied at 14-3-2023 01:23 PM
Arghhh..memula ja b40..ujung2 ..anak2 pegawai yg incharge..ank2 ongkaye yg masuk kelas ni.memula ja ...
MisXoXo replied at 14-3-2023 09:23 PM
Arghhh..memula ja b40..ujung2 ..anak2 pegawai yg incharge..ank2 ongkaye yg masuk kelas ni.memula ja ...
ADVERTISEMENT