CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negeri Serambi Mekah Tapi Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Kelantan Amat Membimbangkan

14-3-2023 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3769| Komen: 11

KOTA BHARU: Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di negeri ini disifatkan membimbangkan selepas 59 kes berkait dengan perkara itu telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata, jumlah kes tersebut dilihat lebih tinggi berbanding jenayah seksual melibatkan golongan dewasa sebanyak 18 kes sahaja. 



Gambar Hiasan

“Dalam hal ini semua pihak hendaklah sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan sentiasa diberikan keutamaan.

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang menjadi mangsa ini perlu diberikan perlindungan sewajarnya,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut dengan diiringi Cik Puan Kelantan, Sofie Louise Johansson dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.


Turut hadir  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tengku Maimun memberitahu, pihak mahkamah sentiasa memberikan keutamaan melibatkan kes jenayah seksual kanak-kanak menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual untuk golongan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Maimun berkata, sepanjang tahun lau bermula Januari hingga Disember sebanyak 13,579 kes sivil dan kes jenayah telah didaftarkan di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

Katanya, daripada jumlah tersebut 6,412 kes jenayah melibatkan kesalahan berkaitan dadah telah didaftarkan.

“Untuk Mahkamah Tinggi, pendaftaran kes di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sebanyak 72 kes. Mahkamah Sesyen pula, kes tangkapan bagi kesalahan berkaitan dadah berjumlah 254 kes.

“Sementara itu, Mahkamah Majistret pendaftaran kes berkaitan kesalahan dadah adalah sebanyak 3357 kes. Badan Kehakiman sentiasa komited untuk memastikan semua kes dilupuskan dengan efisien,” ujarnya.

Tengku Maimun berkata, peranan Mahkamah untuk menangani mahupun mencegah kesalahan-kesalahan jenayah terutamanya kesalahan berkaitan dadah tidak mencukupi. 

Katanya,  semua pihak hendaklah bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing demi membanteras isu ini kerana kesannya yang amat dahsyat sehinggakan boleh memusnahkan masa depan generasi muda selain melumpuhkan pembangunan fizikal serta rohani rakyat. –CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 14-3-2023 05:59 PM
Serambi lobai bernafsu kuda senantiasa mu… nama nye dekk!
Quote namr 14-3-2023 06:07 PM
Edited by namr at 14-3-2023 06:09 PM

kalau sapa ada anak pompuan kecik duk kelate jaga betul2 anak tu..eh, bukan kelate je duk mana2 pun la, perhati sikit org lelaki keliling dorang..sapa pun takley caya ye..iols dulu sekolah rendah darjah 2 sampai darjah 4 kat kelate.ada byk bad memories kat sana yg sentuh kita xsepatutnya tp masa tu mana la tahu sexsual harrasment pelbagai kan..please la, perhati sikit anak tu lg2 anak pompuan uols..
Quote tripleid 14-3-2023 06:57 PM
Ummah sskjp musti bangga pencapian 33thn membangun bersama isley Pas..
Quote CiliPadiSedap 14-3-2023 07:04 PM
tripleid replied at 14-3-2023 06:57 PM
Ummah sskjp musti bangga pencapian 33thn membangun bersama isley Pas..

dadah pil kuda memang dah famous, sekarang famous pedo sebab dua kes serawak dan dalam negeri sendiri. moga ada langkah pencegahan dari masa ke masa.
Quote Kemaruk-Taikk 14-3-2023 10:06 PM
Ish ish.. teruknye LGBT
Quote namieamuro 14-3-2023 10:54 PM
yg ni takde pulak piyu dahik setazah setat bising2 kan. pdhl kes mcm ni lagi serius dr konsert blackpink
Quote swimswim 14-3-2023 11:43 PM
PU tersohor Malaysia tak nak komen ke
Quote jas7512 15-3-2023 12:14 AM
I hate pas oarti setan
Quote Kak-Rohana 18-3-2023 01:24 PM
Quote Erotika 18-3-2023 03:00 PM
Quote spankee_fili 19-3-2023 08:41 AM
Dah memang nafsu dorang terhadap kanak2 bukan kepada wanita dewasa, memang fitrah mereka begitu.. esok lusa normalizekan pedo
Ada je yg kawen budak sekolah kat Siam, with parents consent lagikkkk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039561 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top