CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Mati Lemas Ketika Mandi Kolam Renang Hotel Dengan Boyfriend Ibu

14-3-2023 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4650| Komen: 19

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas dipercayai ketika mandi di kolam renang sebuah hotel dekat Mentakab di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, mangsa ditemui di dasar kolam dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 6 petang daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan terdapat seorang pesakit meninggal dunia akibat lemas di kolam sebuah hotel di sini.


Foto: 123rf

"Mangsa yang merupakan seorang anak tunggal telah dibawa ke kolam itu oleh teman lelaki ibunya bagi tujuan beriadah.

"Kira-kira jam 4.45 petang, mangsa pada mulanya mandi di kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan kemudiannya mandi di kawasan kolam renang dewasa.

"Mangsa mandi di dalam kolam tersebut yang berkedalaman dua meter dengan ditemani oleh lelaki tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Mohd Azhar berkata, tidak lama selepas itu mangsa bersama lelaki berkenaan naik untuk berehat di tepi kolam.

"Selepas itu, lelaki berkenaan menyedari mangsa sudah tidak ada bersamanya dan meminta bantuan pengawal keselamatan hotel berkenaan untuk mencari mangsa.

"Pengawal keselamatan menjumpai mangsa di dasar kolam renang dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri, mangsa diangkat ke tepi kolam dan diberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, katanya, lelaki berkenaan turut dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 14-3-2023 12:03 PM
Ya Allah..kesiannya..anak tunggal
Quote manehnya 14-3-2023 12:12 PM
  1. lelaki berkenaan turut dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut.
Copy the Code


yg bg bofren knp? mak cuai
Quote whimsicalmusic 14-3-2023 12:24 PM
fishy nya
Quote akies 14-3-2023 12:29 PM
Takkan laki tu tk perasan budak tu dh tenggelam ke dasar kolam.
Dh kata mandi pun bersama-sama
Quote B40tastePosh 14-3-2023 12:39 PM
Hahahaha....mesti maknya Have Have...
Quote kotakominami 14-3-2023 12:45 PM
Boipren tak pernah ade anak kot.tak alert...kalau anak sendiri tiap minit mesti auto jeling tgok anak kat depan mata....
Quote zuliana29 14-3-2023 12:47 PM
Allahu... aku ni yg dalam 2 meter pun tak berani nk masuk. masuk pool yg kurang sikit dari tinggi ni, asal kepala ni masih di permukaan.. huhu
salam takziah..
Quote noor2 14-3-2023 12:49 PM
Mak dgn boipren tidur kat hotel la ya...bertuah punya mak dan boipren x jaga elok2 anak tunggal
Quote Firenzza 14-3-2023 12:55 PM
manehnya replied at 14-3-2023 12:12 PM
yg bg bofren knp? mak cuai

Nk tau gak...mak mangsa tu kuar dgn bf bwk anak  dh bgtau suami ke blm?
Quote Carcosa 14-3-2023 01:05 PM
Apo? Dah berehat tepi kolam, tiberr mangsa takde bersama jantan tu. Apo?? Kau pegi mana?
2m tu dlm tu. Jantan tu pun boleh tenggelam.
Tak, masalah nya, jantan tu tau berenang ke idok? Acah2 nak bonding dgn anak gf, kau tau ke idok berenang?? Kalau taktau, teman ajelah budak tu kat kiddy pool. Tulahhhhh, ada maaa terluang, belajar la berenang. Jgn nak tgk wayang, merempit, jalan2 shopping complex. 1jam seminggu takkan takboleh spare utk belajar berenang. Untuk nyawa sendiri.
Ah lantaklah, bukan anak aku yg meninggal.
Quote rosedemon 15-3-2023 09:36 AM
balasan buat mksiat kat hotel
Quote cmf_PariS 15-3-2023 10:18 AM
rosedemon replied at 15-3-2023 09:36 AM
balasan buat mksiat kat hotel

agree.. cash! pelik2 maknye pun
Quote dekmieDandy 15-3-2023 10:28 AM
aku tengah dok pikir kat mana hotel kat mentakab ni ada kolam renang

sebab hotel situ mostly dekat shoplot je
Quote atai 15-3-2023 10:47 AM
tak payah jaga dah lepas kawin..
Quote kelip2_07 15-3-2023 10:52 AM
ntah2 bf mak dia selam bdk tu dlm kolam..pompuan klu jd janda kebanyakkn auto bodoh..dh brape byk kes dh ank meninggal jasa boyfriend korang
Quote ifanonline 15-3-2023 10:55 AM
janda ni pun, gatai kelentiti sunggoh nak holiday otel
Quote tri-max 15-3-2023 10:57 AM
siasat jgn tak siasat,
siasat kena telus, samaada kecuaian lelaki tu atau accident yg direka
dah besar pun 11 tahun, kesian
Quote missbigrockstar 15-3-2023 11:07 AM
Harap ada cctv. Tapi Hotel budget mentakab mcm takda je. Boleh tgk utk tujuan siasatan.
Quote Clan204 15-3-2023 11:14 AM
ikut pengalaman gi hotel murah ni tak pernah lagi jumpa kolam renang sedalam 2m... biasa paling dalam pun 1.5m je... ni mesti kolam hotel 5 bintang ni dapat dalam 2m...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080061 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top