New Delhi: Seorang lelaki di India tergamak membunuh isterinya gara-gara mencurigai perwatakan wanita itu, Isnin lalu. Seorang pegawai polis di Balai Polis Palghar, mengesahkan penahanan suspek yang menyerah diri, pada petang kejadian.
Katanya, lelaki itu didakwa mencekik isterinya di Nalasopara di daerah Palghar. "Suspek membunuh mangsa kerana meragui karakter isterinya," katanya. Polis itu berkata, lelaki itu membunuh isterinya pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. "Selepas membunuh isterinya, dia sempat bekerja seperti biasa sebelum datang menyerah diri pada sebelah petang," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT