CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Kazim Elias Tiada Tauliah Mengajar Di Selangor

14-3-2023 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4463| Komen: 9

PETALING JAYA – Datuk Mohd. Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di Selangor.

Pendakwah bebas itu ketika ini dia hanya mempunyai tauliah di dua negeri serta satu tauliah khas daripada negeri lain.


“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.

“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor. Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.


Foto: FB

Ujarnya, biarpun terdapat dua undangan program ceramah di negeri terbabit namun dia terpaksa menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.


“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.

“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor. Anda (orang ramai) boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tiada ‘laluan khas’ disediakan kepada mana-mana penceramah atau pendakwah sekalipun yang popular dalam menyampaikan kuliah mereka di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, sebaliknya mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan mempunyai pentauliahan negeri ini.

Malah katanya, tiada pengiktirafan kepada mana-mana tauliah dari negeri lain yang boleh digunakan di Selangor. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 14-3-2023 03:49 PM
Bagus Selangor.. nak politik masuk Telegram/ whatsapp dgn opah tok ayah hangpa ja.
Quote rosedemon 15-3-2023 09:34 AM
xyah ceramah2 agamalah
Quote acikku 15-3-2023 09:36 AM
cuba jais ni bagi pekeliling secara terbuka syarat2 dapat tauliah.so yang x menepati syarat tu bolehla check semula
Quote kucingitam 15-3-2023 10:29 AM
elok dah ke dia ni.. ritu kemain takleh kena panas la, kena itu ini..tah pape
Quote alesandra 15-3-2023 10:34 AM
Bayangkan dia hanya tauliah 2 negeri je? negeri2 manakah itu?adalah perak salah satunya bukan tentu dia ni
Quote atai 15-3-2023 10:44 AM
kesian..politik dan agama kena seiring..
Quote supernaturalee 15-3-2023 10:44 AM
kenapa x apply tauliah tu mcm penceramah lain?
ada lah sbb nya kena ada tauliah2 tu
dh lah bnyk ajaran sesat duk jadi senyap2
tu pun jenuh siasat utk btl2 confirm
Quote ultra78 15-3-2023 11:37 AM
Mengajar kat KL & Putrajaya aje la. Maklumlah Federal Territory ni liberal sikit. Bayangkan setiap negeri ada tauliah sendiri. Puncanya hal ehwal agama islam bawah kuasa kerajaan negeri. Selagi perlembagaan Malaysia tak ubah selagi itulah setiap negeri ada rules sendiri.
Quote B40tastePosh 15-3-2023 12:44 PM
Banyak yang bawa ajaran sesat ke Selangor...elok la JAIS check betul betul akidah penceramah...kalau tak jadi macam agama Hindu cium kaki ayah Pin

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151051 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top