CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bau Macam Stokin Basi,"- Vlogger Mat Salih Jijik, Ludah Tauhu Beli Di Pasar Malam Malaysia

13-3-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10200| Komen: 72

Seorang vlogger dari Scotland, Dale Philip menjadi perhatian ramai ketika selepas dia berkunjung ke pasar malam yang terletak di Taman Connaught, Cheras, Selangor.

Ketika kunjungan itu, perhatiannya terarah kepada sebuah gerai yang sedang dikerumuni ramai pelanggan.


"Hello, hi, apa itu?" soalnya ringkas kepada beberapa pelanggan yang sedang beratur.


Pelanggan di gerai itu memberitahu bahawa mereka sedang beratur untuk membeli stinky tofu atau tauhu busuk dan menyifatkan rasanya seperti durian.

Seorang pemuda kemudiannya membantu Philip untuk mendapatkan empat ketul tauhu busuk sebelum dia duduk di kawasan kaki lima untuk menikmatinya.


Loading FB Post...


"Ayuh cuba tauhu busuk ini. Teksturnya keras. Saya fikir ia bahan yang lembut. Ia nampak seperti biskut. Ia rangup.

"Saya fikir rasanya seperti tauhu, namun busuk. Oh, ia benar-benar busuk. Rasanya macam stokin yang basi sikit.

"Macam kamu panjat gunung, dan kamu cabut stokin dan lemparkannya ke tepi dan lupa untuk mencucinya sehingga beberapa hari, mungkin begitulah baunya," ujarnya sebelum menyuap hidangan itu ke dalam mulutnya.

Philip gagal menyembunyikan reaksi jijik sejurus gigitan pertama, malah dia terus meludahkan makanan itu ke dalam longkang.

"Oh tidak, saya langsung tak suka. Rasanya seperti ia berbau. Macam mana saya boleh fikir yang tauhu busuk ni rasanya sedap?" ujarnya yang turut membuang makanan itu ke dalam tong sampah.

Video reviu jujur yang dikongsi menerusi Facebook miliknya turut dibanjiri dengan pelbagai komen netizen.

Selain terhibur melihat reaksinya, netizen turut memberi cadangan agar Philip mencuba makanan lain di Malaysia.

"Adakah rasanya teruk? Saya ragu-ragu sebab nampak orang beratur panjang di gerai.

"Saya orang Malaysia. Tapi tauhu bukan kegemaran saya. Tak semua orang boleh terima rasa dan baunya.

"Hahaha ini kali pertama saya tengok awak buang makanan," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Philip memiliki 5.6 juta pengikut di Facebook dan kerap berkongsi video pengembaraannya di pelbagai negara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 13-3-2023 03:14 PM
weih serius memang busuk.. ritu ada terlalu dpn gerai tauhu busuk mcmni kt jonkerwalk..pny la tahan.. tak mampu gak.. selang dua gerai dari kedai tauhu busuk tu daku termuntah tepi tu.. tak memasal satu keje nak cuci muntah.. memang terok bau dia.. pening loya semua datang la time lalu dpn gerai dia tu.. x boleh d lupekan..
Quote makita 13-3-2023 03:17 PM
LostStar replied at 13-3-2023 03:14 PM
weih serius memang busuk.. ritu ada terlalu dpn gerai tauhu busuk mcmni kt jonkerwalk..pny la tahan. ...

Busuk dia tu leh celen tempe bacin tak?
Quote TabletSusu 13-3-2023 03:18 PM
stinky tofu tu mmg lah busuk. bukan kat malaysia je.. cina, korea semua pun sama. cuma aku x boleh hadam mcmn dorg boleh mkn benda alah tu

stinky tofu = hairy tofu = fermented tofu
Quote sharlenetexas 13-3-2023 03:18 PM
Heols belum tgk lagi tauhu tofu dan produk soya yg dibuat di kilang kandang babi lantai berlumut. Mau muntah bergelen2.


Quote brown_pupil 13-3-2023 03:22 PM
pernah ke stinky tofu ada yg bau wangi? hahahah
Quote laqoyah 13-3-2023 03:25 PM
Memang busok pun.. habis nak ckp wangi?
Quote tungkai 13-3-2023 03:32 PM
Dia tak bau lagi Natto Jepun tu..
Quote LostStar 13-3-2023 03:35 PM
makita replied at 13-3-2023 03:17 PM
Busuk dia tu leh celen tempe bacin tak?

lebih terok dari tempe busuk bau dia..susah la nak gambarkan mcmne bau dia.. pesanan penaja -lalu dpn2 kedai ni tahan la napas ea..
Quote copy_paste 13-3-2023 03:40 PM
memang kena la dgn namanya
Quote rospinki 13-3-2023 04:27 PM
eeuuu bau dia busuk sgt aku igtkan bau taik lembu mula2 tercium bau tu kat pasar malam ke pasar apatah siang2 hari pun buka ada gerai cendok rojak cmpo semua bangsa ada. ada satu gerai jual tahu busuk ni angin lalu membawa diriku tercium bau dia..igtkan bau taik lembu
Quote nononcrux 13-3-2023 04:35 PM
pork yng bau tengik boleh plak mkn sehingga menjilat jubo.. tak paham la tekak dorang ni
Quote Tinot7 13-3-2023 04:37 PM
makita replied at 13-3-2023 03:17 PM
Busuk dia tu leh celen tempe bacin tak?

Tempe bacin ni amender pulakk???
Quote Nurdianah 13-3-2023 04:38 PM
nononcrux replied at 13-3-2023 04:35 PM
pork yng bau tengik boleh plak mkn sehingga menjilat jubo.. tak paham la tekak dorang ni

Lain kali x yah lah cium kak. Jubor akak laki jilat tak yg bau belacan kering tu..
Quote vanillaninja 13-3-2023 04:42 PM
Heols gedik ke. Orang dah bagitau kan nama food tu pun stinky, bau apatah lagi. Yang nak jugak try tu kenapa. Anyway I sendiri tak pernah bau benda ni. To each his own. Ikut tekak masing2.
Quote cammie1711 13-3-2023 04:54 PM
dah tau busuk tapi gigih jugak kau kan. attention seeker punya omputih
Quote purplelilac 13-3-2023 05:30 PM
rospinki replied at 13-3-2023 04:27 PM
eeuuu bau dia busuk sgt aku igtkan bau taik lembu mula2 tercium bau tu kat pasar malam ke pasar apat ...

Setepek tahi lembu nenek i lg helok bau dia daripada stinky tofu ni hahaha
Quote Kitty_catz 13-3-2023 06:29 PM
stinky tofu ni some cainis pun tak lepas tekak,, apatah mat salleh

demi content
Quote dani-rox 13-3-2023 06:34 PM
Dah sendiri pergi beli STINKY tofu, pastu sendirik geli nak muntah. bodohnya org putih sekor nih.

Quote Atata 13-3-2023 06:34 PM
LostStar replied at 13-3-2023 03:14 PM
weih serius memang busuk.. ritu ada terlalu dpn gerai tauhu busuk mcmni kt jonkerwalk..pny la tahan. ...

Allahuakbarrrr makanan apa tuhh. Ingatkan tadi tauhu tu tak sengaja termakan yg dah buruk. Yar sheramnya makan benda busuk ni.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.153376 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top