CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia, Dilarang Ganggu Shuhada Dan Perlu Serahkan Passport

13-3-2023 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 21354| Komen: 262|Original author: Saiful

Mahkaman Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin memerintah Hafidz Roshdi menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Hafidz juga dilarang menganggu Shuhada selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah.


Sebelum itu, Hafidz dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

Kes tersebut akan disebut semula pada 9 Jun depan bagi proses serahan dokumen dan laporan kesihatan.

Foto: mStar Online

Hafidz diwakli Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes penceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Elyza Amira Habeeb Rahman.


Mengikut pertuduhan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kecederaan tersebut.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman jika didapati bersalah iaitu penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namieamuro 13-3-2023 11:34 AM
so surat ugutan terbuke tu invalid la ye

tergelak jap iols tgk pisrosdi kesygan itik cikenpox dan sekor lg diarahkan cek mental kt spital bahgia
Quote aqua_marine 13-3-2023 11:36 AM
Sebelum sesapa nak bash lawyer ni.. ingat yer tugas sebenar lawyer ape..

Dia memang tau anak guam dia camne. Cuma hujah dia yg akan menentukan ringan atau berat sesuatu hukuman tu.

No friends in this job field..
Quote zuliana29 13-3-2023 11:36 AM
alamak, dia pulak yg pakai lawyer PS. PS pulak menyebelah Shu.. cane ni.. hebat lawyer ni..
Quote aqua_marine 13-3-2023 11:37 AM
namieamuro replied at 13-3-2023 11:34 AM
so surat ugutan terbuke tu invalid la ye

tergelak jap iols tgk pisrosdi kesygan itik cikenpox dan s ...

Kira hujah peguam ni anak guam dia berada dalam keadaan weng la yer masa tangan dia terkena muka Shu? Tu yg diarahkan evaluate mental tu.. gitttuuu..
Quote aqua_marine 13-3-2023 11:38 AM
zuliana29 replied at 13-3-2023 11:36 AM
alamak, dia pulak yg pakai lawyer PS. PS pulak menyebelah Shu.. cane ni.. hebat lawyer ni..

Banyak duit mamat ni rupanya yer.  Tapi beras pun tak mampu nak beli. Bgehehehe..
Quote missHaidiD 13-3-2023 11:39 AM
Buat malu yahudi tu dpt laki mental
Quote namieamuro 13-3-2023 11:39 AM
Edited by namieamuro at 13-3-2023 11:42 AM
aqua_marine replied at 13-3-2023 11:37 AM
Kira hujah peguam ni anak guam dia berada dalam keadaan weng la yer masa tangan dia terkena muka S ...


bile bace balik td i pn rase loyer gune keadaan mental die. mesti nk kate mental die unstable mase kejadian. tgh serabut kn bru pas cerai dgn bakalan jobless.

Quote doridori_hi 13-3-2023 11:40 AM
Ikat dgn baju putih heols nti tiba2 trigger pulak, misi2 ditumbuknya
Quote auntyonion 13-3-2023 11:40 AM
Kaya pkai akberdin
Quote hanihan16 13-3-2023 11:41 AM
so agaknya defence si hapis ni dia dalam keadaan mentally unstable masa tumbuk shu. tu yang majistret suruh pi evaluate tahap mental health dia ye
Quote namieamuro 13-3-2023 11:41 AM
aqua_marine replied at 13-3-2023 11:36 AM
Sebelum sesapa nak bash lawyer ni.. ingat yer tugas sebenar lawyer ape..

Dia memang tau anak guam d ...

benang sblh iols kuciwa tgk loyer ps dgn pisrosdi. thanks chuols penerangan yinni. at least i nk tgk pis dikenekan hukuman. ringan ke berat ke asal kne la. rekod pis pn dh sah2 tak clean.

bkn ape. loyer ni jugak loyer si sofa merah yg debik bini jugak. dan sofa merah smpi harini mcm takde dikenekan tindakan pun. so  hrp pisrosdi ni kne la hukuman akibat mengdebik mak pd anak2 die
Quote missHaidiD 13-3-2023 11:42 AM
Maksud dptkn rawatan tu kena check in sana ke ?
Quote sayurmayur88 13-3-2023 11:45 AM
dressing dia kat gamba first ala2 kat korea.
Quote jiwakacau06 13-3-2023 11:45 AM
klau di sahkan mental....bini dia aka skandal nk stay lg tak...
klau xmental...bklan ke penjara atau byr denda ke macam mna...
sofa merAh rsa xda parut kekal dan ada nama gah...apiz ni... mampu ke tidak nk byr lawyer ni untk p bicara lagi...
Quote alieyrina 13-3-2023 11:47 AM
Lega laa momo laki masuk spital ja
Quote doridori_hi 13-3-2023 11:47 AM
missHaidiD replied at 13-3-2023 11:39 AM
Buat malu yahudi tu dpt laki mental

Belum disahkan lg , tapi kemungkinan besar  ya
Quote Rogue98 13-3-2023 11:50 AM
Lawyer pun takde maruah ke nak ambik kes apiz ni. Mental ke tak..where's ur integrity weh..
Quote Madel 13-3-2023 11:51 AM
Amboi fesyen baju gi court pun., fefeling Keanu Reeves or Johnny Depp kah
Quote makton 13-3-2023 11:52 AM
kiranya si teleng tu mmg tahu la si dayus ni mental dr zaman sekolah? tapi gigih jua nak berlakikan si dayus ni?

Lihat semua komen(262)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.132034 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top