CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kamal Anjing, Aku Mesti Bunuh, Seksa Habis-Habisan,"- Kamal Adli Ditidurkan, Cemburu Nikahi Uqasha Senrose Motif Utama Diserang

13-3-2023 10:51 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14354| Komen: 84|Original author: Saiful

Description: Uqasha Senrose memaklumkan motif serangan adalah kerana suspek cemburu Kamal kahwin dengan ditinya.
Uqasha Senrose memaklumkan motif serangan adalah kerana suspek cemburu Kamal kahwin dengan ditinya.

Suspek ynag merupakan warga Singapura itu memukul Kamal Adli menggunakan cota sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan harus ditidurkan.


Penyerang sempat menjerit cemburukan pelakon berusia 37 tahun itu kerana berkahwin dengannya.

Foto: IG

“Kata suspek dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya,” katanya seperti dipetik di Kosmo.

Di IG Story, Uqasha memaklumkan suaminya telah lama menjadi sasaran suspek untuk diserang sebelum kejadian tersebut berlaku malam tadi.



Lebih menakutkan, Uqasha turut berkongsi tangkap layar paparan mesej dikirimkan seseorang yang mengugut untuk membunuh suaminya.

“Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing. Aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan okey. Semua anjing keparat,” tulis mesej ugutan tersebut.



Pada masa yang sama Uqasha turut meminta orang ramai supaya tidak meninggalkan mesej yang boleh mengganggu emosinya berkaitan serangan yang menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di kepala.

Dia trauma atas apa yang berlaku lebih-lebih lagi kejadian tersebut terjadi di depan matanya.



“Kalau tak ada benda elok atau baik nak cakap, jangan kata apa-apa. Suami aku berdarah-darah depan mata aku.



“Aku isteri, aku trauma dan menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh,” ujarnya kesal. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 13-3-2023 10:58 AM
bagus uqasha... dalam ribut2 tu sempat nak minta IC dan cek...
baru ler aku bukti valid kann...
takde nak gelabah2 pun... steady jer.. hope sempat snap IC mamat singapore tu juga la kann buat bukti...
Quote sayurmayur88 13-3-2023 11:05 AM
orang gila ada di mana!! jahanam manusia macam tuh .
semoga Kamal diberikan kesembuhan
Quote babelina 13-3-2023 11:09 AM
bahaya btl yg fanatik bw ke giler nie..
moga Kamal diberi kesembuhan dgn cpt.. amin yra..
Quote dudaberhias 13-3-2023 11:10 AM
tengok gambar pfp whatsapp tu ternyata pelaku memang kepam taraf2 si pu'ak selamat pengantin busuk... patut la weng sebab takde cikki cantik nak dekat dia... ponen bottom pun belum tentu selera yach! theyols lebih rela ke ladang jagung menungging dan tusuk diri sendiri agittew katanya...

dah kerepot2 pun masih gigih dengki dengan yang muda...
Quote Hypothetically 13-3-2023 11:33 AM
Delusional people ada di mana2 skg, org boleh jadi kurang waras sbb tekanan hidup.
Quote jiwakacau06 13-3-2023 11:35 AM
dudaberhias replied at 13-3-2023 11:10 AM
tengok gambar pfp whatsapp tu ternyata pelaku memang kepam taraf2 si pu'ak selamat pengantin busuk.. ...

pakgad forum cari agak nya tu... siap ada senjata...
Quote missHaidiD 13-3-2023 11:37 AM
Aku baca selain cota dia ada bawa pisau.nasib tak ditikamnya si kamal

Kesian uqasha. Jgn la jadi apa2 pd kamal. Diaorg baru lg kawen kot.
Quote vanillaninja 13-3-2023 11:42 AM
Macam mana sheols tau pelaku tu normal and siuman? Apa pun semoga cepat Kamal sembuh.
Quote puanbintang 13-3-2023 11:48 AM
menakutkan sungguh..semoga kamal cepat sembuh, uqasha terus kuat.
Quote lotusteratai 13-3-2023 12:10 PM
baru ku tahu kamal dah 37 rupanya... moga yg baik2 buat kamal
Quote albedah 13-3-2023 12:16 PM
Ayat dia - Kamal anjing tu.. Semua anjing keparat.. Ni x mcm sbb kamal kawen uqasya.. Lebih kpd dendam ni...
Quote sue_liah 13-3-2023 12:18 PM
tetiba kat spore sana ada peminat yg fanatik sampai  gini

ingatkan retis kita sendu je

mesti masa terima ugutan mcm tu buat x endahkan

semoga cepat sembut kamal, kepala tu di hentam nya
Quote afie_m 13-3-2023 12:19 PM
harap kamal kembali sihat
Quote wickedwisdom 13-3-2023 12:23 PM
semoga kembali sehat
Quote virgo19 13-3-2023 12:31 PM
Mesti retis2 lain jadi takut kan lepas ni, alangkan kamal uqasha yg tak berapa top pun jadi mangsa, apalagi yg top2 tu, yg banyak haters
Quote ira_229 13-3-2023 12:34 PM
sue_liah replied at 13-3-2023 12:18 PM
tetiba kat spore sana ada peminat yg fanatik sampai  gini

ingatkan retis kita sendu je

dulu masa jiran i gantung diri...polis yg jaga rumah jiran aku ada berbual dengan kita dia kata kat bawah ada lagi 1 mayat...mayat perempuan melayu bunuh diri sebab dia frust penyanyi pujaan dia kawin..mmg ramai yg wire short sbb terlalu fanatik
Quote nyoyoyenye 13-3-2023 12:57 PM
ira_229 replied at 13-3-2023 12:34 PM
dulu masa jiran i gantung diri...polis yg jaga rumah jiran aku ada berbual dengan kita dia kata ka ...

tak faham. maksudnya ada dua org gantung bunuh diri ke ?
Quote kembangbunga 13-3-2023 12:57 PM
kat Malaysia pulak ada makcik tiktok gila buat content malukan retis. Orang nak pegi kencing pun tak aman, Gila la netizen sekarang ni. BTW, moga Kamal cepat sembuh & Uqasha bertabah
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2023 01:00 PM
Psikopat chuolss ..gila lah .. x sepasal

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top