"Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik." Demikian amaran Amir Jahari yang tidak mengizinkan runut bunyi filem Imaginur, Hasrat yang dinyanyikannya digunakan untuk sebarang agenda politik.
penyanyi dan komposer berusia 31 tahun itu berkata, ini termasuk untuk sebarang agenda yang boleh menyemarakkan kemarahan orang lain. "Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan, pandai-pandai jawab dalam kubur nanti. "Untuk kalian semua nak guna lagu OST Imaginur Hasrat, saya izinkan selagi bukan untuk agenda politik dan bukan untuk menjadi batu api," katanya menerusi ciapan di Twitter. Amir meluahkan perkara itu selepas muncul sebuah video yang dimuat naik ahli parlimen Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menghimpunkan visual bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadapkan ke mahkamah pada pagi Jumaat. Menerusi video tersebut turut dihimpunkan visual solidariti penyokong terhadap Muhyiddin dengan menggunakan lagu Hasrat sebagai latar belakang. Susulan itu, pengurus kepada Amir iaitu Joe Lee menggesa Mas Ermieyati memadam video berkenaan kerana tidak mendapat keizinan menggunakan lagu Hasrat. Joe dalam ciapannya meminta hak cipta sesuatu karya dihormati dan sekiranya Ermieyati enggan menurunkan video tersebut tindakan seterusnya akan diambil. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT