CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 3

'Ini Standard Ahli Parlimen Ke?' - Amir Jahari Tak Izin Lagu ‘Hasrat’ Diguna Tujuan Politik

[Copy link]
Post time 10-3-2023 08:21 PM | Show all posts |Read mode
"Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik."


Demikian amaran Amir Jahari yang tidak mengizinkan runut bunyi filem Imaginur, Hasrat yang dinyanyikannya digunakan untuk sebarang agenda politik.




IG




penyanyi dan komposer berusia 31 tahun itu berkata, ini termasuk untuk sebarang agenda yang boleh menyemarakkan kemarahan orang lain.


"Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan, pandai-pandai jawab dalam kubur nanti.


"Untuk kalian semua nak guna lagu OST Imaginur Hasrat, saya izinkan selagi bukan untuk agenda politik dan bukan untuk menjadi batu api," katanya menerusi ciapan di Twitter.








Amir meluahkan perkara itu selepas muncul sebuah video yang dimuat naik ahli parlimen Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menghimpunkan visual bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadapkan ke mahkamah pada pagi Jumaat.


Menerusi video tersebut turut dihimpunkan visual solidariti penyokong terhadap Muhyiddin dengan menggunakan lagu Hasrat sebagai latar belakang.



















Susulan itu, pengurus kepada Amir iaitu Joe Lee menggesa Mas Ermieyati memadam video berkenaan kerana tidak mendapat keizinan menggunakan lagu Hasrat.


Joe dalam ciapannya meminta hak cipta sesuatu karya dihormati dan sekiranya Ermieyati enggan menurunkan video tersebut tindakan seterusnya akan diambil.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 09:20 PM | Show all posts
Eh rasanya Joe bukan manager amir. Ex manager la. tp diorang berkawan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:42 PM | Show all posts
amik jela mana2 lagu anak abahcow si najwa tu.lagu hasrat tu sedap gak btw
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar politaik. Eeeee dia dgn rina buat malu Srikandi je. Muhaya pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069547 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list