Siti Saleha sebelum ini mengaku sedang mengenali hati budi seorang pereka fesyen, Joshua Fitton. Namun katanya dia dan pasangan belum lagi berbincang akan hari bahagia mereka kerana masih dalam tempoh pengenalan.
"Sekarang ini memang saya kongsikan wajahnya di Instagram (IG), sebab kami memang dah rasmi sebagai pasangan kekasih. Tapi kalau lebih daripada itu kami tak pernah bincang apa-apa," katanya seperti dipetik melalui sebuah portal hiburan. Dia juga tak kisah jika perhubungan mereka akan mengambil masa yang agak lama sebelum mendirikan rumah tangga.
|
ADVERTISEMENT