CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Terlampau Pemalas, RM2 Pun Minta Ibu Ada Hati Nak Kahwin "Rezeki Di Tangan Tuhan Katanya"

10-3-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3696| Komen: 45

Baru-baru ini tular di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu yang mengaku geram dan marah terhadap sikap adik lelaki yang didakwa sangat pemalas.

Individu berkenaan berkata adiknya pernah menjadi rider penghantar makanan tetapi lain pula yang jadinya setelah berjaya mendapat pesanan daripada pelanggan.


Lebih menyedihkan, disebabkan sikap pemalas itu, dia masih lagi ditanggung oleh ibunya yang sudah tua walaupun umur sudah meningkat dewasa.


Gambar Hiasan: mStar

"Bukan nak buka aib. Tapi dah buntu nak buat macam mana. Saya ada adik lelaki, umur 30-an dan tubuh sihat tetapi pemalas. Kerja sehari dua, lepas tu berhenti. Cakap melambung, nafsu besar. Dia buat Foodpanda, tapi dia cekau (ambil) duit tunai Foodpanda sampai kena block akaun.

"Tinggal dengan mak saya yang dah berumur. Kerja dia minta duit daripada mak saya. RM2 pun dia minta dengan mak saya untuk beli minyak motor," luahnya.


Tambah pengadu, dia juga pernah mencetuskan masalah keluarga apabila menggunakan nama adik bongsu sebagai penjamin tanpa pengetahuan pemilik nama tersebut.

Bagaimanapun kata pengadu, ibunya selalu memenangkan adik lelakinya itu sehingga dia berasa hilang sabar.

"Tahun lepas dia buat pinjaman dengan Aeon. Siap letak nama adik bongsu saya jadi penjamin tanpa pengetahuan. Akhirnya adik saya pula yang kena cari dengan pihak Aeon. Dia pula buat tak tahu sahaja. Dia siap cakap dekat adik bongsu saya siapa suruh setuju jadi penjamin? Seolah-olah dia pula yang tak bersalah.

"Baru-baru ni dia berhenti kerja dengan alasan majikan tak bagi apa yang dia nak. Itu pun bertahan tiga hari sahaja. Kerja tak ada, dia kata nak kahwin. Rezeki di tangan tuhan katanya.

"Saya pun tak tahu nak cakap apa. Tidur lewat malam. Bangun pula lepas zohor. Kadang-kadang waktu solat asar pun dia lajak (tidur) juga. Bila bangun sahaja, terus cari barang makan. Solat pun tidak.

"Saya kalau jumpa dia mesti ringan-ringan sahaja tangan nak bagi penampar. Tapi itulah hakikatnya mak saya pula kata doa la dekat dia, mana tahu nanti berubah," ujarnya

Rata-rata netizen berkongsi pernah mempunyai pengalaman yang sama seperti individu berkenaan apabila mereka terpaksa berdepan dengan manusia pemalas mencari rezeki.

"Dekat kampung saya ada macam ni. Mak ayah dah meninggal, perangai tak berubah. Kahwin ada anak dua, kesudahan bercerai. Sekarang kerja asyik 'melancong'. Satu tahun balik, kadang-kadang tiga tahun baru balik. Terbaharu, dua tahun baru balik. Lepas ni berapa lama lagi dia nak melancong pun tak tahu. Jangan sampai habis nyawa masa melancong sudah. Sebab tak ada seorang pun adik-beradik yang nak ambil tahu.

"Jenis macam ni selalunya mak kena halau dari rumah. Simpan beg dan bagi dia motor untuk guna, nak tidur mana tak perlu kisah. Sebelum terlambat, lepas ni kalau mak meninggal memang menempel dekat adik-beradik minta duit. Selagi dia menempel dekat rumah tak bekerja, makan percuma, tinggal percuma, memang salah hidup dia yang pemalas.

"Salah besar kalau mak pergi cari isteri untuk dia kahwin. Jangan pelik memang ada keluarga yang carikan perempuan untuk kahwin dengan lelaki macam ni dengan harapan dia akan berubah. Tetapi memang tak layak langsung untuk kahwin," demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen yang memberi pendapat bahawa adik lelaki pengadu akan berubah jika dia berumahtangga atau kehilangan ibu.

"Ada sahaja orang macam tu. Bila dah kahwin elok sahaja bagi makan anak isteri. Sekolah anak pun elok sahaja. Cuma masa bujang dialah banyak buang masa.

"Saya rasa elok suruh dia kumpul duit nak kahwin tu sendiri. Kalau dia ada usaha nak kumpul duit kahwin, perlahan-lahan insyaAllah dia boleh berubah.

"Pemalas ni boleh tahan lagi. Nanti ada masa dia akan sedar sendiri bila dah hilang tempat bergantung dia (mak dan ayah). Tapi kalau yang kaki dadah, memang menyusahkan sampai ke tua. InsyaAllah masih ada peluang kalau lelaki pemalas ni," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-3-2023 04:41 PM
Calon2 yang boleh dibagi buaya rimau kat zoo makan
Quote prettyuglybabe 10-3-2023 04:49 PM
siapa la perempuan malang yang jadi bini dia nanti..
Quote cmf_premierleag 10-3-2023 04:50 PM
"Salah besar kalau mak pergi cari isteri untuk dia kahwin. Jangan pelik memang ada keluarga yang carikan perempuan untuk kahwin dengan lelaki macam ni dengan harapan dia akan berubah. Tetapi memang tak layak langsung untuk kahwin,"

Ya..mmg wujud pun spesis mcm ni
Dikawenkan je anak jantan tu
End up anak org lain jd mangsa kene bela biawak
Quote namieamuro 10-3-2023 05:07 PM
sbb tu mak die sanggup nk kawen kan si biawak dgn pempuan laen. mak die nk carik pengganti kuli anak die. i salahkan mak die sbb jd kuli pd anak jantan.  sudahnye anak jantan jadi biawak paling berjaya

mcmane semudah tu die gune name adik bongsu utk jd penjamin?
Quote sarahmirza 10-3-2023 05:15 PM
Diam2 bagi racun je dalam makanan dia...
Quote eyansss 10-3-2023 05:30 PM
"Ada sahaja orang macam tu. Bila dah kahwin elok sahaja bagi makan anak isteri. Sekolah anak pun elok sahaja. Cuma masa bujang dialah banyak buang masa.


ko fikir kaki rembat macam mangkak ni akan berubah?  silap2 bini dibabukan…  aku benci betul orang yang selalu fikir perkahwinan akan selesaikan masalah jantan bangsat…  tak pasal2 anak orang teraniaya…
Quote Thunderclouds 10-3-2023 05:34 PM
TT yg bcerita ni mcm ipar² aku ja.
Cuma bezanya yg bongsu tu la si pemalas & usia 20an.
Lain² sebijik. Keja takat 2-3hari. Pastu benti.
Ckp kna penaya ngn majikan. Seblom keja bukan takat duit poket, topap tepon tadah tgn kt laki aku.
Ada masa dok kluaq masuk jel (mil ckp dia xsalah,org penaya. I wish!)
Pastu sembang nk kawen,mil aku punya la bangga (sbb kira 1 pencapaian dlm idop kann),kna sergah ngn laki aku.
Keja tidak,apa tidak nk kawen? Opkos la kna
bangkang.
Paling best kalo dia nk something & laki aku & adikbradik yg lain xnk lyn mil aku akan ulang² call suruh bg jugak.
Hence bila ank xmenjadi tunding jari kt org, xperasan lg a few fingers tu point kt diri sendri.
So acik² porum amik iktibar ye.
Quote Thunderclouds 10-3-2023 05:38 PM
eyansss replied at 10-3-2023 05:30 PM
ko fikir kaki rembat macam mangkak ni akan berubah?  silap2 bini dibabukan…  aku benci betul oran ...

Jantan pemalas,kaki dadih..makPak depa carik pempuan bg kawen ngn harapan dh bbini,branak auto insap. Haloo.. pussy is no magic cure
Quote eyansss 10-3-2023 05:45 PM
Thunderclouds replied at 10-3-2023 05:38 PM
Jantan pemalas,kaki dadih..makPak depa carik pempuan bg kawen ngn harapan dh bbini,branak auto ins ...

suka nau jadikan anak dara orang sebagai pegawai pemulihan anak dia sebab dia gagal didik anak sendiri...  bangang tau makpak macam ni...  lagi bangang bila anak dara orang tu takleh bersuara, konon jangan aibkan anak jantan bangsat diorang...  tapi bila anak dara sendiri terkna, tu dia menggelupur satu dunia kena dengar royanan dia...  dasar makpak gagal total!
Quote Decaffeinated 10-3-2023 05:48 PM
Dia siap cakap dekat adik bongsu saya siapa suruh setuju jadi penjamin?

Aku rasa adik bongsu dia yang menipu kata tak tau
Quote eyansss 10-3-2023 05:50 PM
Thunderclouds replied at 10-3-2023 05:34 PM
TT yg bcerita ni mcm ipar² aku ja.
Cuma bezanya yg bongsu tu la si pemalas & usia 20an.
Lain² sebi ...

macam makpak mertua kawan aku...  memang gagal total...  sikit2 semua salah menantu...  anak lelaki sorang lagi (ni nasib ada akal sikit) taknak kawen sebab taknak isteri menderita macam kawan aku, pak mertua dia salahkan kawan aku...  dia kata kawan aku la punca anak lelaki diorang taknak kawen...  bangang betul...  padahal dia gagal didik anak lelaki dia n anak lelaki dia gagal jadi suami ikut ajaran islam sampai adik sendiri jadi takut nak kawen, kawan aku gak yang dipersalahkan...
Quote tikusmontok 10-3-2023 05:53 PM
Salah makpak tak didik dari kecik ttg tanggungjwb
Quote midori888 10-3-2023 07:21 PM
sarahmirza replied at 10-3-2023 05:15 PM
Diam2 bagi racun je dalam makanan dia...

Agreed...takpun kasi dadah biar mati overdose...

Pelik tgk mak2 perangai menangkan anak lelaki yg terang2 tak berguna...
Quote namr 10-3-2023 07:27 PM
dah mak pak merajakan anak, budak tu dah besar tuai la hasilnya
Quote shida81 10-3-2023 07:33 PM
Klu ak g je jumpe pompuan tu bg tau pakwe ko x keje x de duit sol klu da kawen kn tanggung biawak hidup jgn bising.. Klu ko nk selamat baik ko blah je
Quote anggeriklatifah 10-3-2023 07:46 PM
cmf_premierleag replied at 10-3-2023 04:50 PM
"Salah besar kalau mak pergi cari isteri untuk dia kahwin. Jangan pelik memang ada keluarga yang car ...

Cari prmpuan utk kahwinkan anak dia bukan nak suruh anak dia berubah pon..tapi nak suruh prmpuan tu bela anak diaaa...syaitan betul perangai...dunia dah terbalik dah sekrng
Quote mojarean_X 10-3-2023 07:46 PM
Anak makcik baik orangnya
Quote clarizsa 10-3-2023 07:57 PM
Eloklah tu
Pastu dr seawal pancutan benih ke dalam bini sampai merenyut beranak tak berenti dok melalak salahkan kerajaan tak tanggung belanja hidup anak bini dia
Elok sangatla tu
Quote makita 10-3-2023 07:58 PM
tikusmontok replied at 10-3-2023 05:53 PM
Salah makpak tak didik dari kecik ttg tanggungjwb

Betul..sampai ke besar duk bekap. Dah jadi krisis antara anak2. Anak2 lain xleh komplen lebihbila mak bekap anak lahanat tu. Jadinya pilihan yg ada kene la korban kan duit n masa utk selesaikan masalah yg dibuat oleh lahanat sekor kesygan mak. Tapi sebenarnya sebelum nak betulkan lahanat tu..kene betulkan attitude mak tu.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.098549 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top